Holiday: 101 Resort Janda Baik

By Farhana IezAna - 3:17 PM

Assalamualikum..
Salam Ramadhan ke 14. Tengok2 dah nak tengah bulan puasa pun. macam mana persiapan raya korang??


tapi entry ni bukan nak cite pasal persiapa raya ye..hihi. trip ke janda baik ni mmg planning betol2 last minit. which is pagi2 hari nak g ni baru planning. sebab nya kan cuti nya pun cuti mengejuk juga sempena PRU14 yang lepas. kn kita dapat cuti 2 hari selepas PRU ni. malam tu mmg xberapa nak lena tido sebab bila terjaga je tgk keputusan pengundi & tgk group wasap company dulu. kenapa tgk group wasap office dulu???sure2 la sebab nk tnya bos ada announce cuti ke x.. hihi


Bos bagi cuti, dan2 tu pikir nak g bercuti. planning 1st mmg nak g mandi sungai since beberapa hari tu memang panas giler kt KL. sebenar nya boleh je aku balik kampung kt pangsun hulu langat tu. depan belakang sungai, rumah cousin pun sungai juga belakang rumah, kebun kami pun ada sungai. kt kampung lui tu pun boleh je g mandi sungai/air terjun gabai tu. tapi saja la nak kelainan g try sungai kampung orang lain pulak..hihi aku ni klo short holiday mmg pikir jalan yg dekat2 je..


so dalam kepala mmg nak g janda baik jela yang paling dekat. lagipun seumur hidup aku xpernah lagi jejak Janda Baik tu.. hihi so sebab few kawan pernah g 101 resort ni, aku pun google la tgh gambar & keadaan dia macam mana. so nampak ada sungai & kolam renang juga. so tgk kt booking.com harga paling murah dalam rm200 lebih je. cepat2 book & bayar masak checkin. 


kol 10 lebih kot aku gerak dari rumah, singah kat mcd sebelum tol gombak sebab perut dh lapar giler. kol 30 minit-1 jam je berhenti makan pastu kami gerak g Janda Baik terus. aku mmg pakai waze la bila masuk Janda Baik tu sebab dah kata 1st time dtg sini kan. kg memusing2 pulak aku cari. padahal kan ada je signboard tak macam kecik & takut xperasan la. so better pakai waze je. dr exit janda balik tu nak sampai 101 resort dalam 30 minit lagi. so perjalanan kita ambik masa 1 jam juga la.

sepanjang perjalanan nak sampai 101 resort ni, nampak beberapa chalet lain, bnyk pilihan lain kat sini. sediakan duit je klo nak yg mahal2 tu. sure la lagi cantik kan. tapi 101 resort non bad bagi kami.
sampai2 je baru kol 12 lebih gitu. g lobby, dia inform check in kol 3. so paling awl boleh check in kol 2. so kami dok lepak2 kt bawah lobby & jalan2 area lobby tu je. kt bawah lobby tu ada kerusi meja, mainan budak2 kolam ikan. ada padang besar jugak utk anak2 lari depan tu. 


puas la main2 kt area resort ni. boleh tertido tau sebab nyaman sgt. pastu bawah lobby tu macam kt kg arwah atuk aku. cume bawah rumah atuk dulu tak bersimen la juga tanah je tapi masih boleh main bawah tu juga. dalam kol 1.30 gitu ada guest lain dtg & mungkin nak check in. so reception tadi panggil kami utk check in sekali. lol asal la tak bagi kami masuk awal je padahal bilik tu kosong pun, xde orang duduk. (macam mana kami tau, sebab bilik kami depan lobby tu je).

ini cafe, tapi tak buka pun even malam. 

ini lobby dia ye. mmg konsep rumah traditional pun.

ini kat bawah lobby tu. ada kolam ikan.
lepas kami check in, laki aku rehat & tido kejap sebab dia ni kol 4 pagi dah buat kerja ( dia tokey santan). aku & anak2 buka tv, buat huru hara dalam bilik pastu aku rimas dengan anak2 aku xberdiam, aku bawa diorg keluar main kt padang depan bilik kami.

macam ni la rupa bilik kami. ada 1 katil queen, 1 katil single. ada tv, dressing table, hanging rak & aircorn. nak g toilet ada 3 anak tangga turun. Old school kan nak g toilet. dalam bilik mmg macam perabot lama je. mungkin boleh tukar dah perabut baru. 

anjung depan bilik. ada kerusi boleh bersidai kt depan ni ambik angin. syiok juga dok sini lagi2 time pagi.

puas anak2 lari2, dok kt padang pastu dia dok kt rumput, cabut2 rumput. sampai berpeluh2 la diorg. pastu kol 4 gitu, aku balik bilik sebab nak ajak laki aku mandi sungai. panas2 ni sedap oo g mandi sungai. bilik sebelah2 pun ada yg dh ke sungai.


gambar ni dh kol 6 lebih dh masa ni. lama giler kami mandi sungai. air sejuk. pastu kami g sambung kt kolam renang pulak.
berapa kali tah motor jual aiskrim lalu. kami pun beli aiskrim 2x dah sambil mandi sungai..hihi


ini gambar mr google. mana kami mandi sini dh nak gelap. ramai juga budak2 mandi sini.

lepastu kami balik bilik. lepas mandi sure la anak2 tido kan. mak bapak kelaparan. sebabkan anak tido, laki aku jela keluar g beli tapau makanan. kt sini memang ada cafe. tapi tah la malam pun xde buka. aku rasa cafe dia pun cuti kot. jadi laki aku ke drive keluar sikit tak tahu dia g beli ktne. tapi sini banyak je kedai2 makan, kena drive la kan. balik2 dia bawah 2 nasi goreng. siap beli air, roti. mungkin dia ada singgah kedai runcit kot.
nasi goreng serius sedap.

oo 1 lagi lupe nak bagitau. kt sini ada spa. bile checkin, dia akan bagi kupon free 15 minit massage, tpi kena call booked dulu. yang ni aku xsempat nak try. so burn la tiket free tu utk 2 org. 

pagi esok nya kami breakfast kt sini dh include sekali. no bad la breakfast nya. ada nasi lemak, mee goreng, cereal, air panas teh & kopi.

ini tempat breakfast. atas dia surau.
lepas tu kiteorg jalan2 pagi kt keliling resort.


belakang tu bilik kami. kt situ ada 8 bilik semua nya. kt area swimming pool tu pun ada juga bili lagi tp macam atas bukit sikit la.

ini depan bilik kami. yg background tu lobby dia..mmg ada tangga macam rumah melaka tu. cantik sgt tau. 

budak ni skg mmg ada je posing dia nak buat.


belah kanan ni la lobby dia tau. mula2 kami macam eh betul ke ni lobby.

malam tu ada hujau, so masa pagi ni g jalan2 tepi sungai nampak air deras sikit. tapi pagi ni kami jalan tengok sungai yg depan pulak. sebenarnya 2-2 sungai sama je. means dr batang sungai yg sama. yg semalam kami mandi tu hulu dia. tapi tang yg semalam tu air tak dalam & banyak batu ( kalau susun batu elok2 mesti cantik & dalam)


sini dalam sikit & berpasir je, xbanyak batu. air coklat sebab malam tadi hujan kan. klo x mest air dia jernih mcm semalam.

sepanjang tepi jalan ni sungai yang semalam kami mandi tu. 

budak ni kan, dr kt tepi2 sampai dia ikut abi dia mandi sekali. tu yg tak pakai baju mandi tu. rendam dengan suar jeans sekali.

belakang tu chalet juga tu, harga semalam rm150. kecik je bilik nya. tapi belakang chalet tu la sungai yg kiteorg mandi pagi ni.

macam la lebih kurang rupa luar bilik kami.

ini dr sungai, kami & otw g bilik kami.

pendapat aku, resort ni ok2 saja. tapi kena selenggar betol2 dalam bilik kt depan lobby tu, perabut lama & buruk. bilik air pun kotor sikit. tile kena tukar sebab macam dh berpuluh tahun & pasir2 kt tile tu terkeluar bila kena air. pastu, sungai tu boleh jaga elok2 lagi, means yg bnyk batu tu, susun la wt jadi kolam elok2 mesti ok punya. aku biasa buat gini klo kt sungai kampung aku.

kalu korang nk short vacation yg relex2 , boleh la dtg janda baik. bly try chalet/resort lain lagi. semua ada keunikan tersendiri. sini mmg nyaman la sebab tengah hutan, udara bersih sgt, nak dengar bunyi bising tu mmg xdela kan.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments