Holiday: Taiping Trip 2017

By Farhana IezAna - 12:58 PM

Assalamualikum...


Salam Ramadhan semua. harini dah 12 hari ramadahn pun, ko baru terhegeh2 nk buat ucapan kt sini.. hihi ambil kesempatan la kan semua kan trowback balik kisah tahun lepas bulan 3 ye. lama ke idok.. hihi. saja la nk wt post utk kenang-kenangan sendiri kan.


Trip holiday ni kira last minit planning sebenarnya. aku yg plan sebab konon2 nak gembirakan abah aku la. dia kan sibuk dialisis dari bulan 10 tahun 2016 tu. so aku pun bagi dia happy2 sikit bawa jalan2. aku just sponsor hotel je. lain2 sendirian berhad la ye. ini first holiday family side aku yang semua pergi. since kami dh besar ni mmg xprnah lagi aku g holiday ramai2 mcm ni semua semua family aku.


sebabkan ahlinya agak ramai so aku pikir nak sewa homestay je guna app airbnb. Senang sgt la guna app ni. kalau korang jumpa macam homestay yang korang berminat, korang boleh deal direct dengan owner which is boleh nego minta diskaun lagi. selalunya diorg akan nego kalau korang sewa lama. so pandai2 la korang nego ye. 

Untuk aku yang ada 8 org dewasa & 2 orang kanak2 ni. aku sewa rumah teres 2 tingkat. tapi bukan rumah biasa2 ye, berbaloi2 betol la dok rumah tu. kami sewa kat Zen Retreat Taiping. Nak cari rumah dia xla susah sgt sebenarnya. tapi still kena pakai waze la buat kami yang personally first time dapat taiping ni. mmg sure2 la tak tahu jalan g mana pun. semua tempat kami pakai waze. 

mcam ni la rumah teres tu. tapi serius la masuk dalam lagi jatuh cinta tau.
masuk2 rumah nampak 2 jacuzi ni. best betol ada konsep open air kt tengah rumah mcm ni. 
Konsep dalam rumah ni macam modern tropikal gitu. mmg kena betol dengan jiwa ni yang datang nak holiday utk relax & santai kan. rumah ni cukup lengkap semua kelengkapan rumah. ada mesin basuh, tv, peti ais, dapur, pingkan mangkuk, microwave & semua la ada.

ada ruang tamu, bar counter, dining area, kitchen area 1 kat bawah, 2 lagi kt atas, master bedroom, 2 bedroom, family area kat tingkat atas. kami sewa rm700 untuk 3 hari 2 malam. dapat diskaun dr owner.

ada lagi yang buat kami jatuh cinta stay kt sini. keliling rumah ni ada sungai tau. private area lagi. mean orang luar tak boleh la nk mandi kt sungai tu. so sungai nya mmg bersih la. nnt kt tengah2 entry ni aku share cite pasal sungai dia.

ok first day, lepas dh check in homestay. owner pun dh bagitahu law semua. then kami rehat2 kejap lepas dg drive jauh juga 4-5 jam gitu. ada yg tido kejap, ada yang siap2 nak g solat jumaat. oo lupe pulak sebelum kami check in tadi,kami dh makan mcd kt area Tasik Taiping tu. kol 4-5 ptg baru kami keluar balik cari tempat makan. Planning kami nak makan Yong Tau Fu famous kt belakang balai bomba Taiping. korang search jela kan balai bomba bandar taiping. ada food court kt situ, ada banyak kedai jual Young Tau Fu & macam2 makan lain lagi. pandai2 la pilih nak makan gerai mana 1. aku dok 1 gerai tapi order juga dr kedai sebelah2 hahaha.



kami makan lepastu dh magrib singgah rumah balik utk solat magrib sebab malam ny kami planning nak g Zoo Taiping Night Safari. first time nak g zoo malam2 ni. harga tiket masuk utk Night Safari seperti di bawah :


 NIGHT SAFARI
Dewasakanak-kanak
Biasa+GSTBiasa+GST
BiasaRM 20RM21.2RM 10RM10.6
20%RM 16RM17RM 8RM8.5
30%RM 14RM14.8RM 7RM7.4
40%RM 12RM12.7RM 6RM6.4
50%RM 10RM10.6RM 5RM5.3
Harga adalah tertakluk kepada 6% GST
 
Keretapi Mini Night Safari
Percuma

Tak ada la mahal sangat bagi aku berbaloi la walau pun gelap tapi masa korang naik train dia tu kan pasti kan korang dok depan2 dekat dengan driver tu. sebab bila ada pitstop, driver akan bagi penerangan sambil suluh touch light besar kat mana2 haiwan yang dia nampak & dekat dengan depan cage, kalau jauh2 maybe kita pun tak berapa nampak la.

lain option korang boleh juga jalan kami, tapi zoo ni agak besar jugala. naik train saja pun ambil masa dekat sejam pusing dalam ni.

sebelum beli tiket, kita posing dulu kt patung2 batu ni.. hihi


semasa kami naik train pusinh zoo mmg aku tak ambik gambar pun, sebab gelap kan mana nak nampak apa pun kalo ambik gambar. so klo korang nak rasa pengalaman nya,better kena try sendiri la ye. last train tu drop kami kt area gajah. so malam2 gajah mmg aktif la. dia main, makan. beza betol dengan time siang kita g zoo tu. lepas dh pusing2 naik train kami terus keluar & balik je sebab anak2 pun dh tido masa tu dah kol 11 mlm gitu.

esok nya pagi2 lagi lepas subuh aku kuar cari sarapan. aku planning nak masa roti telur goyang kat gerai bawah kaki bukit larut. dari homestay kena drive dalam 10-15 minit je. dekat je dengan home stay kami. sampai2 je nampak ramai dah naik bukit larut. aku pun tetibe mcm teringan betol nak naik bukit ni. first time datang kan harus la jalan2 semua tempat yang boleh. 

tengok gambar ni menjejes air luir dah la tengah bulan pose ni. nnt raya nk jalan2 penang harus g makan ni juga kt penang sana pulak.

Ada tugu kisah sejarah Bukit Larut ni 
Jaln terus tu kalau nak panjat sendiri g bukit larut. kurang2 pun 2 jam ambik masa nak naik sini.


Kt dalam ni kaunter nk beli tiker naik jeep utk naik bukit larut

tepi tu ada kolam ikan sungai. air dia direct air bukit tau.
kami beli tiket naik kol 11 pagi. lagi awl semua tiket dah sold out. yang akan naik nnt, aku 3 beradik perempuan, suami aku, anak perempuan aku, dengan abah je. yang lain2 tak nak naik.
so sebab kan masih awl pagi kt sini. baru kol 8 pagi gitu, kami patah balik hantar mak aku balik home stay & nnt nak pickup adik2 aku pulak ikut naik bukit larut sekali.


sama je homestay tengok masa lama lagi kan. kami ambil kesempatan jalan kaki pusing2 homestay. semalam owner homestay ada inform kt jalan masuk depan tu ada sungai, situ ada juga org luar datang, tapi tak ramai yang tahu. sebab terpencil & bukan famous macam sungai2 reakreasi lain. tepi sungai tu pun ada bunglow yang buat homestay juga. macam best juga bunglow tu tapi sure harga dia lagi mahal la kan.

nampak signboard putih tu, belakang dia tu sungai la.

jalan nak menuju gate masuk housing area ni. tepi gate tu ada jalan nk g sungai nya.

Jernih kan sungai nya. nampak banyak batu tapi sini dalam juga.


tak pakai baju mandi pun, tapi sebab sampai sini macam best, jadi berdua ni jela mandi. arsya tu nagis sebab sejuk.
lepas tu kami siap2 untuk g naik bukit larut pulak. jalan nak naik mmg macam naik roller coaster. sib baik perut ok ,xde mual2 ke apa. tapi pening juga la sampai atas. hihi tapi pemandangan kt atas. Masya Allah cantik giler.

Tunggu jeep utk naik atas. 





selute la sapa panjat naik kaki je kt atas ni. bukit curam, tinggi tau. kurang2 pun 2 jam panjat naik. naik jeep pun ambik masa 30 minit gitu. 



Kt tebing2 ni kan masa kiteorg dtg ni, ada tukang kebun cakap nak buat Hobbit House. tak tahu sekarang dh siap ke ye.


kalau tak kabus, kita boleh nampak bandar Taiping kt bawah tu.






Tu cafe dia, kami ada juga makan kt sini sbb tengah hari perut lapar dah. not bad la tapi harga tu mahal la sikit kan. pekena teh tarik sejuk2 ni, sedap kan. 


my poor abah, leher dia kena tebuk buat dialisis tu ada kain utk tahan wire dr ter juntai2 keatas ala2 antena gitu


wah hebat boleh angkat batu besar. hihi




ok tapi kami beli tiket naik jeep pukul 11 kan. so dia bagi masa 2 jam kt atas ni. so time turun kami pukul 1 nnt. tapi kalau nk turun awl pun boleh, kalau ada jeep yang kosong la kan. sebab selalunya orang yg naik dengan orang yg turun tu sama je bilangan nya. so kami turun balik pukul 1 tgh hari. 


kami turun2 je balik homestay semula sebab nk kuar makan tengah hari pastu nak jalan2 pusing2 bandar Taiping. kami makan kt kedai tepi jalan area penjara taiping sana. ada lauk2 makan tengah hari. lepastu kami g singgak musium perak. Musium ni sebelah je dengan komplex penjara Taiping tu. so alang2 dekat, kami singgah la kan.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara21
Pelancong Asing52

harga tiket nya seperti kat atas ni. murah sangat kan..





















banyak pasal sejarah2 perak lama yang boleh tgk kat sini. ada juga banyak binatang2 yang dia awet kan, nampak real sgt la kan. dalam ni ada 3d art juga. kat luar ada pameran kenderaan2 lama & meriam lama juga. so berbaloi ke tak masuksini bayar rm2 je???
datang sini singah2 la musium ni tau.

lepas tu kami jalan2 kt tasik Taiping. hujan pulak time ni. kami berteduh kt pondok tepi tasik je. sempat beli keropok lekor & buah potong kt tepi jalan area tasik tu banyak ada orang jual2. tak dapat nak naik bot itik kayuh. huhu nak ambik gambar kat jalan tepi tasik yang ada pokok angsana besar yg unik lagi menarik tu tak dapat. 


gambar dr google

gambar dr google

lepas tu dh petang kan, kali planning g makan mee udang kt kuala sepetang. dr tasik Taiping nak ke kuala sepetang kena drive dalam masa 30 minit gitu. tapi ada bnyk trafic light so dalam 45-50 minit juga la sampai.

nak dekat2 sampai, nampak banyak keta parking tepi jalan tu situ kedai mak jah la tu.




gambar mee udang je tak ada. tapi banyak la udang, pastu dia pakai udang laut yng besar2. cumanya aku tek berapa suka konsep kedai makan ni. sempit, pastu meja memanjang, klo tengah2 xde orang payah nk masuk & keluar. pastu bumbung nye rendah, panas & berkuap kt dalam tu. asap pun terkepong je walaupun open air kan. tambah pulak malaun2 yg hisap rokok kt meja makan. menyirap je rasa, tak xde sensitivity nampak kiri kanan ada anak kecik ke orang mengandung ke orang tua ke. ish2..

lepastu dalam perjalanan balik kami singgah kedai eco rm2 kt taiping tu. dapat la budak2 tu pow bola sorang 1. malam minggu kt Dataran Warisan Taiping tu ada macam uptown & kt dataran tu budak2 makan keta, kasut roda mmg banyak la. arsya dapat la pusing2 naik keta kt situ. pastu adik aku dh beli kek. kamo celebrate birthday Adaniy & adik aku yang bongsu sekali kt homestay.

Nampak macam kakak dia yg lebih pulak..hihi

esok pagi nya kami rehat2 kt homestay je. kol 8 gitu kami round2 kt belakang rumah pulak. belakang rumah tu pun ada sungai juga. sungai sama je dengan yg smlm kami g tu, tapi ni kt belakang rumah pulak. kali ni aku tak lepas kn peluang nak mandi sungai sekali. aduhai lama dh tak mandi sungai tau. mesti la nak join sekali kan.





sungai kt belakang ni xdalam sangat tapi pun cantik giler. tak ada batu besar2 macam kt tempat semalam tu. sini lagi sesuai utk budak2 mandi la. utuk kita besar2 ni had lutut jela paling dalam kot.puas juga la mandi sini, sebab tak ada sesapa kan. hanya family aku je.
tapi airnya boleh tahan sejuk juga la.

pukul 12 kami checkout keluar. arah tu ju ke Kuala Kangsar pulak ikut jalan dalam je tak masuk highway lagi. kami nak g makan laksa. Kt sini famous laksa dengan telur sarang. macam mana rupa laksa nya tengok kt bawah ni nanti. kami makan laksa kat Warung Laksa Pak Ngah kat belakang Sekolah Cina Tsung Wah. kalau dari Taiping/ highway tu sehala je arah nak g Kuala kangsar. sebelum balai bomba ada simpang ke kanan pastu nampak sekolah cina, betol2 belakang sekolah cina tu.



ni la rupa laksa telur sarang tu. dia masak telur rupa macam sarang burung. sedap juga la laksa kt sini. 
lepastu kami terus jalan2 kt pekan Kuala Kangsar. kt sana ada bnyk kedai2 jual barang2 tembikar, tikar menkuang, senduk2 kayu, & macam2 lagi. kami beli tikar menkuang. pastu kami singgah kat food court area situ utk makan cendol/ABC & laksa. laksa kat sini pun sedap juga.

lepas tu kami terus kan perjalanan balik ke KL. sebelum kuar highway, aku singgah masjid terdekat untuk solat & mandi kan anak2. sebab panas sgt sampai belengas tengok budak2 tu.
 kami selamat sampai rumah kol 11-12 malam gitu.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments