Assalamualaikum...
Saya sudah..Anda bila lagi????
Kalau dah buat bagus la..tp pastikan buat setahun sekali ye..lebih baik kite kesan dr awl kan daripada dh terlambat baru nak tau..
eh..eh..
sebelum tu aku nk bgtau sikit info pasal Ujian Pep Smear ni..
Kot2 la ada yg xtau apa bende la yg apa dok ckp ni kn..
- merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
- Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Aku buat ujian ni xrancang pn..memang ada nk buat, tp ask lupe je nk tny kt KKIA kt puchong ni bile diorg buat ujian ni.. Aku pn xtau diorg buat hari2 tertentu ke apa ke kan..
Sebenarnya hari selasa lepas aku g KKIA utk g checkup Arsya 9Bulan...Masa tgh tunggu nurse pgl nama Arsya tu, aku duduk sebelah bilik suntikan. Tetibe terpesan ada notis kt pintu bilik sebelah tu utk bilik ujian pep smear ni..baru aku teringat pasal nk buat ujian tu..Cadang nk tnya kt kaunter ibu&anak tu, tp nk tgu settelkan checkup Arsya dl la..kg papa ny, nurse pgl pn die dok tunggu mama jgk utk bwk Arsya..
Bile time jumpa nurse utk checkup Arsya tu kn, tetibe nurse tu tny
Nurse: dh pernah ke buat ujian pep smear???aik mcm tau2 je aku nk tny psl hal ni kn..
alang2 nurse tu dh tny, aku ckp la.
Aku: belum, tula igt lps ni nak tny kt kaunter luar tu psl nk buat ujian ni..
Nurse: owh boleh la buat mcm ni, bile last period ye??
Aku: start period 31hb lps..kire dh 2minggu la..
Nurse: owh boleh sgt la tu klo nk buat harini..ok x klo awk nk buat hari ni??
Aku: Ha, boleh la cmtu..alang2 dh ada kt sini kn..tp lama x nk tgu??
Nurse: xlama pn, bg ic awk nnt ada nurse dftr kn utk awk.pastu nurse tu terus pgl je nnt..
Aku: Ok la boleh la mcm tu(terus bg no ic)
Pastu aku tgu kt depan bilik utk buat ujian pep smear tu..tempat tadi aku tgu tu jgk..laki aku pn tgu jela kn..
xlama pn tgu..xsampai 10 mint cmtu, nurse yg dftrkan aku tu pgl suruh masuk bilik tu..
Mule2 nurse tu tny sikit2 detail psl kite la utk isi form. lps tu die tny psl pernah x cek breast sendiri kt rumah utk cek breast cancer ke kn..aku ckp aku just check sendiri je..then die bgtau sebaik2nya kne selalu check setiap bulan kalau boleh..
Lps tu baru die tny aku psl pep smear sama ada aku tau x procedure ujian ni, kenapa kena buat ujian ni..
Aku bgtau ye info sikit..
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
- Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
- Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Dua alat ni je diorg guna kan..jgn la tkt pulak bile nurse ckp kne guna alat yg mcm mulut itik tu..
Aku memang dh tau psl precedure ujian ni..tp sje ckp mcm xtau supaya nurse terangkan balik bg lagi jelas..hihi tp kn sebelum tu nurse ambk tekanan darah aku dl, tu aku xtau sbb apa..mybe sebab aku ckp berat aku 39kg kot..(jgn pelik tau, tu memang berat aku yg asal dr sebelum kawen lg)
Lepastu nurse suruh baring kt katil, bukak seluar dgn seluar dalam sekali. pakai kain yg diorg sediakan. lepastu nurse siap2 nk buat ujian dh.. die cuci dl kemaluan kite dgn air ubat rasa ny..just lap2 gitu jela..lupe nk bgtau kena baring, bukak kaki sama mcm mse nk bersalin dl..so malu tu tolak ketepi jgk la kn..
lepas dh cuci kemaluan, tibe nk masuk kn alat yg mcm muncung itik tu..xsakit pn, just korg kena relax dan jgn kemut tau..tarik nafas je..
nurse inform kalo sakit bgtau..
lps tu die akan masuk kn mcm berus kecik tu utk ambik sampel kt pangkal rahim kite tu. ni pn xrse apa2 pn..
lpstu siap..
kan senang je..so xperlu la nk risau apa2 kn..
Nurse inform keputusan akan keluar dlm 2-3 bulan..kalau ada problem baru diorg akan call..kalau semuenya ok, diorg xakan call..
Nak bgtau sikit info lain pasal ujian pep smear ni
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
- Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
- Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
- Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta
- Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
- Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
- Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
-
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
- Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
- Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
- Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
-
Rawatan susulan
- Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
- Jalani pemeriksaan kolposkopi
Mari la kita bersama-sama mencegah dari awal..Buat la ujian2 yg sepatutnya utk dire kita ye..
0 comments