Assalamualikum...
Akhirnya rezeki kami dapat juga rumah pertama kami. bukan besar sgt, bukan juga kecik sgt. Tapi tercapai juga la impian aku nak rumah bawah aka bukan rumah flat/pangsapuri, apartment/ kondo.
bukan apa kiteorang laki bini memang dari kecil duduk rumah tingkat 5 which is atas sekali naik tangga tak ada lift.
since kami ni anak sulong dan keberangkalian untuk jaga org tua tu agak besar. lagi2 abah aku tu mmg kena dok umah bawah sejak dah start dialisis ni kan.
Hari jumaat lepas secara offical la, kiteorang dah dapat pelepasan untuk ambil kunci dan boleh masuk rumah bila2 masa kiteorg nak, tapi still tak boleh masuk lagi sebab ada hal2 yang tak dapat dielakkan. (bukan dari pihak kami tapi main issues dr site sendiri). malas nak cite sekarang.
pasal nak ambil kunci ni pun ada adegan yang mula2 nak menyakit kan hati juga.. tapi alhamdulillah kami boleh je ambik surat ambil kunci tu tanpa kena bayar 1 sen pun, malah duit dulu rm1k masa nak booking umah pun, kami dapat balancenya balik.
Rezeki anak2 mungkin..semuanya dipermudahkan..(walaupun tak mudah mana)...hehehe
ok kita share picture ye.
ini gambar seminggu sebelum kami dapat kunci. masa ni boleh je masuk dalam umah tu. air semua ada dh. |
Kita share picture depan umah je dulu la ye. rumah ni townhouse ground floor. that y parking aku utk 1 keta je muat. sapa tak tahu konsep townhouse ni boleh la google2 je ye. malas nak explain.
even kami sekarang hanya mampu beli townhouse ni pun, kami dah sgt2 bersyukur,
Harap sgt rumah ni dapat jadi syurga buat kami sekeluarga.
sekarang tengah survey2 nak pasang grill & kitchen kabinet. 2 bende ni yang paling penting dulu.
yang lain akan diusaha kan sikit2.
0 comments