Holiday - Angry Bird Park Johor Bahru

By Farhana IezAna - 10:48 AM

Assalamualikum...

Salam tahun 2018.
Entry pertama aku buat tahun ni..
bz sangat nampaknya kan..YES aku memang bz bebonor kalau korang nak tahu.
start this years (minggu terakhir bulan 12 sebenarnya) aku dah start pun tambah lagi job task baru.
hari2 call 20 customer. STRESS ok bila dah tak tahu nak call sapa dah.


Ok kita xnak stress2, kita nak cite throwback kami sekeluarga pergi Jb atas sebab nak pergi kenduri kahwin Roommate aku masa study kt kolej dulu. 
kenduri nya hari sabtu, tapi aku dh gerak JB masa pg Jumaat lagi. so memang plan nak jalan2 mana2 dulu masa hari jumaat tu.

sampai2 Jb dah pukul 10 Pagi gitu sebab singgah2 mandi kan anak dulu kt R&R, pastu kiteorg terus pergi check in hotel dulu. tapi still tak boleh masuk lagi. sebab available masuk bilik kol 12 gitu. so kiteorg decide last minit nak g Angry Bird ni je. sebelum tu kami makan dulu kat kat mana tah, lupa dah. haha.. pastu kami terus pakai waze je gerak g angry bird park.

Building dia depan JB sentral tapi sebelah JB City Square. kiteorg ingatkan dalam JB City Square tu so kiterg masuk la parking kt dalam tu. naik Ground Floor pastu mcm terpusing2 mana Angry Bird nya. haha. pastu ternampak counter customer service gitu, kiteorg tanya je kt situ. rupanya building sebelah la. haha tapi dia ada connection lalu belakang customer service tu je ada pintu besar serus lintas g building sebelah tu.

kalau hujan pun still ok lagi sebab jalan tu berbumbung, so xrisau la even paking mana2 pun kan. then bukan lintas jalan besar pun. masuk2 pintu building sebelah tu terus nampak board besar kt dinding belah kanan ada picture angry bird & dia suruh naik tingkat 3.
YES Angry Bird Park ni kt tingkat 3 ye. building ni pun macam mall juga, kt dalam tu ada banyak kedai2 mcm kt shopping mall biasa tu.

korang keluar lift je ada direction mana nk g. Angry Bird tu kt tengah2 je. dr luar nampak patung2 angry bird yang ada. 


ni la kaunter tiket nya. depan kaunter tiket ni ada kedai cenderahati. nampak macam tak ada org pun kn. memang tak ramai orang pun even kt JB jumaat cuti kan. belah petang tu baru nampak cam ramai sikit org.

Harga tiket RM60 buat pemegang MyKad/MyKids dr umur 3 tahun dan keatas ye.
so aku bayar utk 3 org total RM180. tidak termasuk stokin. rules kat dalam ni wajib pakai stokin. diorg sangat2 menjaga kebersihan kt dalam ni. so anak nk tergolek, merangkak ke apa ke mmg ok sgt la kt dalam ni. so bab stokin ni kalau korang dh siap2 bawa stokin ok la tak payah beli stokin dh. tapi klo xbawa stokin, mesti kena beli kt sini harga stokin rm7 kalau tak salah la. stokin dia berkualiti ye. warna merah & ada gambar angri bird jugak. so klo beli pun tak menyesal la.. hihi ( sedap kn hati sendiri)



Dari side tepi kaunter tiket tadi, aku lepak kt sini la sementara nak settel kan hal locker. yes tepi ni je ada locker. korang boleh pilih nak per hour ke @ pilih locker yang perday. so aku pilih locker per day. rm15 yang size medium. sebab ada beg susu anak dengan barang kami shopping tadi. hihi
locker ni korang boleh buka berapa kali pun tak kisah. janji ingat pasword korang jela, jangan lupa pulak pasword nya. pasal nak beli locker ni kena beli kt kaunter tiket tu. nnt diorg inform locker kita no berapa.

dalam ni banyak atraction. anak2 main dalam ni seharian pun sure tak nak balik. (eh tipu anak aku dh penat separuh hari main dalam ni, diorg ajak balik).
yang umur 7 tahun keatas mybe masuk pastu tak nak balik la. aku aku baru 1 tahun lebih & 3 tahun. so diorg punya pattern klo nak tido tu tempat proper sikit. so sebab tu dh penat cakap nak balik je.
masuk dalam ni semua peringkat umur boleh main tau. 

Antara attraction yang ada kt dalam ni.

1. DANGER ZONE

Lazer Bird Scoot
 yang ni ada had umur 7 tahun ke atas ke apa tah lupe dah. aku je yang main sorang2 kt dalam ni. haha

Space Drop Air Bag
 dalm gambar ni nampak macam rendah je kan. tapi bila ko naik atas ni, Ya Allah tinggi oii. mula2 yang sibuk nak main ni, laki aku. dia beria la beratur kt situ. aku pulak ye2 la rakam video dia. sekali non hado, sampai turn dia nak turun, dia patah balik tak jadi jump. aku kt bawah dh gelak2 dh.
Lepas tu aku pulak try. yes mmg sampai betol2 depan tu nampak tinggi oii & tetibe rasa xtau macam mana nk jump. dia ada cara jump dia. xboleh suka2 jump freestyle gitu. kg takut melantun balik. tapi aku lepas juga la jump. walaupun masa jump tu aku jerit, pastu tu jela 1x aku try. nak try lagi tapi macam malu. hahaha

Air Bag Jump
2. UTOPIA








ok kt area Utopia ni pun most faveret juga la untuk semua lapisan umur pun. haha ada banyak boleh buat kt sini. nak tergolek terlompat terguling semua boleh kt sini. aku dengan anak2 sama2 melompat kt trampoline area. sini ada few trampoline. ada yg kena ikut umur, ada yang bebas. so klo korang nak main trampoline, tgk betol2 klo ada banner had umur ye. jangan main redah je melompat mana2 pun. hihi

lepastu ada kawasan utk gayut & ayun macam tarzan. korang boleh gayut tinggi mana pun & jauh mana pun yg korang boleh ayun la. mcm aku yang xberapa reti jadi tarzan ni, aku try yg rendah2 je.
tapi bila ko try baru ko tahu sebenarnya agak tinggi juga. haha tapi tang jatuh dalam span2 tebal tu mcm heaven sikit la. cuma bila nak bangun & keluar dr span2 tu agak susah utk org2 dewasa. budak2 aku tengok ok lagi la senang nk keluar dr span tu.

anak aku pun xmain tarzan tu sgt, diorg prefer lompat terus je dalam span2 tu. aku pun baling gitu je anak aku 2 orang tu dalam span2 tu. anak2 aku suka sgt bab2 ni. diorang siap terjun sendiri berkali2 kt dalam tu. aku mmg suka la klo anak aku active wat2 benda gini. so aku tau diorg tak takut tinggi ke apa ke kan.

yg area tembak2 pistol tu pun best juga. selalu ada je orang main kt situ, jarang2 sekali kosong. seronok juga main kt situ banyak2 kali.

3. CLASSIC




Boleh nampak tak area Bird Nest Climbing Track dr sini. ada tangga2 kayu, gelongsor bentuk S tu, situ la area dia. bawah dia tu track main GoKart.

Kat area Classic ni ada Go Kart Track & Bird Nest Climbing Track.

aku 1 family main 2 benda ni juga. Go Kart tu banyak kli juga main. kalau tak ramai orang ok la boleh main lama2. kalau ramai orang dia ikut time la juga. ada 2 size ikut dewasa @ kanak2 pun boleh main. anak2 aku xpandai kayuh lagi, so aku pangku diorang main Go Kart ni.

yang Bird Nest Climbing Track ni, utk laki aku berat 80 kilo plus mmg mcm gajah la main dalam ni. haha (better jangan main ye). dia main sebab aku paksa. haha so agak kesian sebab ruang nya sempit utk berat badan macam dia. dalam climbing track ni ada panjat2, gelongsor, jambatan. so kena lalu terowong jambatan tu semua. kt tengah2 akan jumpa bird nest ni.

4. SOUTH BEACH

Balance Bike Lagoon

Captian Black Bird Ship

CineMine

Hollow Truck

Angry Bird Video Games

Captian Black Bird Ship

CineMine

Red Bird Sona
Kat area sini pun semua peringkat umur boleh join juga. (haha best nya mak bpk semua boleh main jgk).
kt Balance Bike Lagoon tu aku pun beria main, walaupun dia utk 7 tahun kebawah ke apa tah rasanya. dia ada bike kecil tapi tak ada pengayuh tau. so tolak pakai kaki, then balance sendiri. kawasan macam turun naik bukit gitu. anak2 aku xpandai main basikal, so tgk aku je main. haha teruk mak dia ni..

Adaniy lebih banyak main kt area mini playground tu. ada gelongsor & panjat2 juga kt situ. pastu arsya main span besar2 boleh build macam2. span tu macam lego, tapi buka bentuk petak macam lego la. gambar tak ada pulak.

Yang Red Bird Sona ni sesuai utk umur 9 tahun keatas sebab dah pandai dengar arahan ada voice akan keluar klo korang nak main bende ni. so kena ikut arahan dia. anak2 aku xboleh senang tgk mak bpk dia main, so kitorang macam memang tak jadi apa la. kalah je memanjang. haha

5. RED'S JUNGLE RUN






Area ni depan Angry Bird Shop. antara Counter Ticket kt luar tu. sini yang best sebab ada gelongsor besar tu. tapi tempat ni macam tak ada orang nak main je. kosong sepi je. mungkin sebab dia kt kawasan lain means kena keluar pagar ambik seliper & masuk area ni pulak.
tapi bagi aku, tempat ni area panjat2 tu agak tak sesuai utk umur 6 tahun ke bawah. agak bahaya sebab tinggi & anak2 susah nak main. nak naik kt gelongsor tu pun kena redah panjat kt dalam tu. aku kena bawa anak aku naik sampai kt gelongsor tu. parent pun susah juga nak masuk & panjat dalam ni. sebab keadaan sempit & tinggi.

 aku main sekali je kt dalam ni. gelongsor dia pun xlicin, tersekat2 bila main. anak aku boleh panjat gelongsor tu gitu je sebab xlicin kan. 


Lain2 area ada
PARENT LOUNGE





mana2 parent yang datang dengan anak dah besar & boleh main sendiri tanpa pengawasan tu, mybe diorg boleh tunggu kt parent lounge ni je tanpa perlu bayar tiket masuk. kt area parent lounge ni pun boleh nampak semua , apa yang anak2 korang buat kt dalam ni. dia terletak aras atas, tapi naik tangga dr cafe dalam ni je.

aku pun ada lepak kt parent lounge ni masa time rehat. memang selesa sgt. ada sofa buaian, sofa sedap empuk, kerusi utk makan. nak tido kt area situ pun selesa la. pilih je nk dok area mne. hihi ada TV juga disedia kan kt situ. kt area Cafe tu pun ada TV. tapi cerita pasal angry bird la.


Pada sesapa plan nk g sini, boleh la g, anak dh pandai jalan pun tak rugi masuk sini. banyak bende boleh main. hihi, kami klo ada rezeki lagi. Insya Allah sampai sini lagi. tapi tunggu anak2 dh besar sikit & pandai main sendiri. mungkin 5 tahun dr sekarang dh ok dah klo nak g. hihi

  • Share:

You Might Also Like

0 comments