Hampir Jatuh Motor

By Farhana IezAna - 10:24 AM

Assalamualikum...

Seminggu ni tak ada buat entry kan. alkisahnya, Rabu lepas aku hampir nak jatuh motor. tapi2...
bukan aku yang bawa moto ye. aku ni lesen moto pun tak ada. tahu bawa moto tapi takut bila nak corner. so kalau jalan lurus sepanjang masa insyallah aku bawa.

kenapa aku takut tang corner..
harus la sebab aku pernah jatuh moto tang corner juga.
dan harus la aku jatuh bila asben aku yang bawa moto.

jadi nya kejadian berulang lagi.
jalan agak licin tengah u-turn dah dekat2 dengan office aku masa tu.
kejadian ni pagi la masa aku nak masuk office.
hampir jatuh moto, then masa asben nak balance kan moto tu balik, aku pun g turun kan kaki kiri aku pulak. tu action automatic tau kalau rasa moto nak jatuh.

disebabkan aku turun kaki tu, mendapat la kan.
luka beberapa tempat kat kaki sebab tergesal/terkehel kt jalan dengan terkena part kt moto.
sakit bak hang. kt situ juga asben berhenti kan moto sebab aku dah merintih2 cakap kaki sakit.
 YES memang sakit giler. gigil2 kaki aku mase tu. rasa tak boleh nak gerak kan sikit pun.

ingat kan tak boleh jalan tau. alang2 dah dekat office, aku try la turun moto and test jalan. boleh jalan tapi terhencut2. dapat bertahan sampai kol 10pg je pastu suruh asben ambik kt office semula sebab nak g klinik. yang paling sakit jari kaki yang paling kecik tu bengkak besar, ada luka sikit. mungkin terkehel ke apa tah. risau patah juga tapi try gerak2 kan jari tu, boleh rasa lagi. takut juga retak kan. jadi kita g klinik la.

Nah berbalut terus ko

Sebabkan bulan puasa tak boleh makan ubat siang hari. maka nya kena la 1 injection. kena wat dressing kat luka dan kena balut kaki bagi boleh jalan. tapi still sakit cube bila balut ni, kurang sikit la sakit nya.
dapat la mc 2 hari. tapi aku g kerja juga esok nya walaupun belum baik ye. tapi sebab pikir kan kerja banyak dan hanya boleh excess dengan server office je mekanya aku g office juga.
harini hari ketiga, kaki masih bengkak, jalan dah boleh laju sikit la. 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments