Assalamualikum..
harini masih rajin..kita nak sambung entry semalam tu. Hari kedua kami bangun awal sikit terus bersiap2 nak pergi breakfast kt hotel (dah include dalam harga bilik) pastu terus keluar pergi Hello Kitty Town. better pergi awal kan tak ada la beratur ke apa kan. walaupun kami pergi hari biasa tp ramai juga tau yang datang pada hari tu.
Dari Hotel kami ke Hellow Kitty Town ni dalam 15 minit drive kalau tak salah la..tak jauh mana pun.
Bergambar bertiga je sebab Arsya tido masa ni. |
Selfie jap kami kt backgorup cantik. ni kt depan kauter tiket pun dah cantik tau deco2 dia. |
Di sebabkan kami dh belu kupon awal masa kat matta fair dulu, so kami just redeem untuk dapatkan tiket masuk jela. diorg bagi hand band yang macam masuk theme park tu. Lupa nak bagitahu aku beli tiket masuk semua park dalam tu tau. kiranya dalam 1 bangunan tu ada Hello Kitty Town + Thomas Town. Kalau korang tengok dalam website dia, boleh beli 1-1 park, boleh beli 2 park sekali.
Dalam ni ada 3 floor tau. GF tu hanya ada kautnter tiket, café dengan souvenir shop je. Naik 1st floor ada Hello Kitty Town ni. Jadi kita masuk 1st floor dulu la ye.
Selain dari ada mainan kt sini, ada juga banyak aktiviti boleh buat tau.aktiviti individu/group.
Ni Floor map utk 1st floor ni.
2. STRAWBERRY PARTY ROOM
3. APPLE PARTY ROOM
4. PURRFECT STAGE
5. WISHFULL STUDIO*
6. TEA CUP RIDE
7. KAWAII PHOTO CENTER
8. DREAM PHOTO GARDEN
9. KITTY’S HOUSE
10 FRIENDSHIP LAND
11. HELLO KITTY IN OZ
Yg belah kiri semua bahagian wt aktiviti tau. ada pintu2 kt situ. beratur jela kt luar tu. yang belah kanan tu Hello Kitti House |
masuk2 je Hello Kitty Town ni, Arsya dh nampak mainan yang dia mmg suka.
Ni ha Tea Cup Rides. Berapa kali naik pun aku tak tahu la..sorang2 pun jadi dia ni tau. |
Bende ni nak main berapa kali pun boleh. sampai korg muntah hijau.hihi
lepastu kami buat activity kt dalam ni. masuk redeem tiket tu kan, diorang ada bagi cam buku kecik la.utk kita dapatkan chop setiap activity yang kita join. sebab activity yang ni 1x je boleh buat. dah dapat chop means dah tak boleh buat/masuk lagi. activity ni, sebelum masuk, kena beratur dulu kt luar, nanti bila boleh masuk, diorg akan chop kt buku tu.
1st activity, Kita deco cookies Kitty:
Ni mak ke anak yg buat ni..hihi |
Tak kan la mak buat jadi gini kan. haruslah ni hasil tangan Arsya. Mak nya tolong sikit2 je..hihi |
Lepas deco cookies ni kan. korang boleh la makan cookies tu. Aku ada gak rasa sikit, ok la kan not bad, cookies biasa je pun.
lepas tu kami beratur lagi kt next activity pulak.
2nd activity, buat Button Badge:
kena color dulu gambar utk dijadikan button badge ni. korang boleh pilih nak gambar mana. |
Arsya buat 1, mama buat 1. Abi je tak buat. |
Button Badge ni harus la korang boleh simpan dan pakai juga. Hak milik sendiri gitu. sapa tak tahu apa la button badge ni, korg google jela ye..hihi (hasilnya aku simpan lekat kt fridge kt rumah).
Sebelum kami masuk utk 3rd activity, time tu kt Dream Photo Garden tu ada Mascot Kitty untuk bergambar. kami pun apa lagi, pergi serbu la kn..eh2..beratur dulu..hihi
gambar banyak tapi kita kongsi 1 cukup la kan. |
Dah puas bergambar, kami pun sambung beratur untuk buat aktiviti 3rd dengan 4nd. yang ni beratur sekali je sebab dalam 1 tempat boleh buat 2 aktiviti sekali.
3rd aktiviti kami buat Photo session dulu:
Green screen. nanti keluar gambar background lain tau. |
Nasib minah ni nak pakai baju ni semua dengan posing. kami mak bpk tak ada pun ambik gambar. sebenarnya semua pun boleh tau. tak kira besar ke kecil. |
Aktiviti yang ke4 dan terakhir la kira nya, kita buat aku tak tahu apa nama nya..haha:
Nila dia. tapi tak tahu apa nama nya. kami buat 2 gambar. so hasil nya boleh simpan tau. ni la aktiviti paling lama kiteorg buat. |
Muka tension kena gigih wat bende alah tu sorang2. |
Selesai aktivti ni kami keluar tengok ada lagi mascot Kitty utk kita ambil gambar..hihi
Ni deco kt sebelah Dream Photo Garden. |
Ni deco kt luar kawasan beratur utk buat aktiviti 3rd/4rd |
Lepas tu kami sambung masuk Hello Kitty House. Cantik giler tau deco kt dalam tu..sapa suka giler dengan Hello Kitty mesti rasa tak nak balik..hihi
Bathub yang besar dan cantik |
Simple tapi cantik |
Nak sofa ni 1 kat rumah. |
Sibuk usung luggage ke hulu ke hilir |
Lepas dh penat pusing2 jalan dalam Hello Kitty House ni, kami berhenti rehat jap. bagi Adaniy dengan Arsya susu dulu, rehat2 kejap kt playground area.
Setiap floor mesti ada playground gini tau. best sangat, banyak mainan. |
Dah rehat, kami sambung jalan2 kat Hello Kitty in OZ. kt dalam ni ada game tau. masa masuk diorg bagi 3-4 patung Kitty sebagai kitek utk korang main game dia. kena kumpul menang pastu nanti boleh redeem hadiah. ada score2 yang korang kena target untuk dapatkan baru la boleh redeem hadiah. jadi kena la main betol2 tau..ada yang senang, ada yang susah.
Banyak picture kt dalam ni, aku aku share sikit2 jela kan..better korang pergi, confirm tak nyesal punya beli tiket masuk sini, tak kita budak2 ke org besar tau.
Nanti kita buat entry lagi utk sambungan ni ye..ada flor2 lain belum cita lagi kan..hihi penat korang tengok gambar banyak2 kang..hihi
See You~
0 comments