Assalamualaikum...
Ni sambungan dari Part 2 last entry yg lepas. sapa belum baca boleh la baca ye entry2 yang lepas.
Masih lagi kisah kt dalam Hello Kitty Town tu. kali ni kita cita floor lain pulak.
2nd floor map:
2. FUN ROOM 2
3. PINGU’S IGLOO
4. BARNEY’S YARD
5. BARNEY’S PLAYHOUSE
6. THE STAGE
7. ANGELINA’S DANCE STUDIO
8. BOB’S CAN-DO-CREW
9. BOB THE BUILDER® PLAY STRUCTURE
Floor ni nama nya Meet On Other Character. jadi nya ada character/mascot lain yang korang boleh jumpa kat sini, pasti kan korang tahu schedule aktiviti kt dalam ni ye. better tahu jadual utk semua floor sekali. so korang boleh pergi naik turun ikut time aktiviti mana yang korang suka la.
Jadual dia tak sama utk weekend & weekday ye.
Macam yang aku g ni weekday so aku refer jadual ni la.
jadi better la korang datang sini seawal tempat ni buka ye.
masa aku naik 2nd floor ni, dia dah nak start Barney & Friend Show.
kt area stage tu ramai2 duduk situ nak tengaok show. diorg sediakan macam JellyBean chair tu. memang semua duduk kt lantai je tau. show dia lama juga la.
Kat luar pintu 2nd floor. |
Boleh menari sana2 dengan Barney. ramai budak2 menari kt depan pentas tu. Arsya pun ikut sama. |
Lepas Habis show ni ada Angelina Bellarina Dance Show pulak.
ni sure2 untuk girl kan. diorang bagi tutu skirt, hairband dengan tongkat pari2 konon2nya.
pastu kena ikut Bellarina tu menari.
Even aku xjoin, tapi aku ambil gambar juga. |
Kalau korang join ni nanti dia bagi cert tau. Makna nya korang dapat la sijil sebab participate dance sekali.
Anak2 pun penat dah rehat minum susu dulu. ni kat depan pintu Bellarina tadi. |
Buat sapa yang tak join dance dengan Bellarina ni, masa yang sama juga kt luar ni ada beberapa mascot yang keluar. so korang boleh la jumpa nak ambk gambar ke kan. aku tak ada pergi pun masa tu.
kat level ni ada banyak macam playground la. budak2 bebas main kt sini.seronok juga. sambil2 ada maskot yang akan keluar kan.
lepas dah puas kat sini kiteorang naik 3rd floor pulak. 3rd floor ni Thomas Town.
2. KNAPFORD STATION THOMAS TRAIN RIDE
3. WINDMILL STATION
4. MARON STATION
5. WELLSWORTH STATION
6. MC BUNN CAFÉ
7. COLIN CRANE DROP RIDE
8. HAROLD’S HELITOURS RIDE
9. BUMPING BUFFERS STEAMIES & DIESELS RIDE
10. BERTIE THE BUS
Kat 3rd floor ni macam Mini Indoor Theme Park la. ada banyak ride yang korang boleh naik dengan anak2.
lepas dah puas main kt level ni, kami turun balik g 1st floor yang Hello Kitty tadi sebab nya nak tengok show.
Sementara tunggu show start, kami selfie dulu. Adaniy tido time ni. |
Seronok Kitty show ni. korang kalau pergi jangan ketinggal kan tau setiap aktiviti dia.
Seharian jalan2 kt dalam hello kitty tu kami tak makan berat2 tau. ada la makan snack/ yg simple2 je kt cafe dalam tu.
keluar dari Hello Kitty tu dah petang2 dalam kol 6 kot, kami jalan2 kt kawasan sekitar sampai la ke Lego Land. ada hati tu nak tambah 1 hari lagi cuti untuk masuk Lego Land pulak. tp memandangkan anak2 masih kecil pastu rasa mcm tak berbaloi la nk masuk Lego Land time sekarang. Next kita g JB lagi masa anak2 dh besar sikit ye. baru puas dapat main semua kan.
Sambil2 ronda2 menghabis kan minyak kt situ, aku ada la tanya kawan2 yang dok JB pasal tempat makan menarik kan kt Jb ni. So kami decide nak makan western utk malam tu. Kami terus GPS pergi BIGFOOD Western Food.
Alamat: Jalan Nong Chik Heights, Taman Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Dekat2 je dengan Stadium JDT yang baru dengan Dataran Bandaraya JB.
View dari Jalan Nong Chik. |
Amaran!!
Portion meal dia besar tau. so kalau rasa tak mampu nak habiskan better kongsi2 ye. utk elakkan pembaziran..hihihi
Deco dalam dan luar restoran cantik. kalau makan kt ground floor tu ada space kecik indoor playground utk anak2 kecil.so kita boleh makan dengan tenteram nya. Kalau kt atas, ada open air space utk yang nak merokok ke kan.
Menu kat sini jangan cakap la, ada banyak menu and pastinya sedap2 tau. confirm tak nyesal.sorry tak ada gmabr makanan sebab kena makan cepat2 sebelum anak2 bangun
Lepas makan, hari pun dah nak malam. kami pun terus balik hotel, untuk rehat,yela kan dah seharian jalan. penat oi..
0 comments