Assalamualikum...
Masih Lagi berkisar cerita jalan2 pusing2 semenanjung Malaysia. kami ni cuti2 bajet. jalan dekat2 je dulu.
Masa bulan 12 tahun lepas aku pergi Cuti2 Ipoh. Kat Ipoh apa yang best ye nak jalan2. kalau yang ada anak2 ni, harus la pergi Lost World of Tambun.
Theme Park ni Sunway yang punya. sama dengan Sunway Lagoon tu. tapi ni kecil la dari Sunway Lagoon tu.
Aku gerak pergi Ipoh Hari Sabtu lepas balik kenduri kahwin sepupu aku kat damansara utama terus shoot masuk highway plus arah utara untuk ke Ipoh. gerak tengah hari memang bencana la kena hadap jem teruk dari Tanjung Malim lagi. dah tak pasal2 asben aku membebel sepanjang jalan. Isnin tu cuti, tu yang highway bertambah jem tu.
Asben aku tak tahan sabar dia nak keluar exit Slim River tp exit tu jem gile nak keluar tol nya pun. tak jadi keluar exit tu terus lagi nak keluar exit Sungkai.
Exit ni ok sikit. tapi lepas tol pulak kami hadap jem teruk dan lebih teruk dari jem kt highway tu. separuh jalan nak g exit bidor dah, kami patah balik g exit sungkai sebab jem tak gerak2. aku dah siap cakap kt asben balik Kl je sebab jem. aku tak tahan sabar kot dengan asben bising2 pasal jem tu. tapi asben aku gerak juga g ipoh. kiteorg sampai Ipoh terus cari hotel nak checkin. hotel kami dah book tapi belum la bayar lagi, kami cari hotel yang tak berapa jauh dari Tambun.
Aku stay kt Golden Roof Hotel. kalau tgk map dalam 17 minit drive pergi Tambun. dengan dengan Politeknik Ungku Omar tu je. Hotel ni selesa sgt la. bilik yang aku dapat tu besar juga. kalau nak bawak masuk 2-3 org lagi pun boleh tapi bawa la toto siap2 kan.
Lobby dia besar, ada banyak sofa yang besar dan selesa. eh hotel mesti la cam tu kan.hihi
masa ni ada deco krismas dah. kat lobby dia pun ada tempat massage dengan spa. kot2 sapa nak boleh la try, aku xde pun try. Hotel ni tak ada sediakan breakfast ye. tapi jangan risau sebab ada banyak kedai kt area hotel ni, jalan kaki je pun. aku check in dah maghrib kot masa ni, lepas check in, asben g tapau makan malam. aku dah tak lalu nak keluar lagi, hahaha
malam tu aku rehat2 kt bilik je.
esok nya kami bangun pagi2, kol 8 pagi dah gerak pergi Tambun, cuaca macam nak hujan pagi tu. masa kami gerak belum hujan lagi. sampai kt tambun pun belum hujan lagi.
Dapat ambil gambar kat depan pintu masuk park ni. |
Anak aku memang dari kat hotel lagi aku dah siap2 pakai kan baju swimming kt diorg. sebab aku malas nak tukar kan baju diorg lagi. aku sampai ni beli tiket dulu, masa beli tiket tu la turun hujan selebat2 nya, tapi tak apa sebab theme park belum pun buka lagi masa ni. buka pukul 10 pagi untuk weekend.
Ni harga tiket masuk buat masa ni la. |
korang boleh dapat tiket lagi murah kalo beli promotion kat Groupon @ tempat online lain. rajin2 servey ye. macam aku ni aku beli malam sebelum nak g, means beli online masa malam tadi. kalau tak salah harga dia dalam rm50 lebih gitu untuk dewasa. tak ingat pulak beli kat mana. hahaha
lepastu kiteorang beratur kt lane utk redeem tiket yang dah beli online,
bila nak masuk park korang akan lalu kedai cenderahati dia. sempat la cuci2 mata kat situ dulu sebelum park tu buka. ramai orang dah beratur kt dalam kedai tu. jem la dalam kedai tu. masuk2 je harus la kiteorg cari locker dulu. korang boleh pilih nak locker size apa ye. pergi kat locker counter untuk beli locker dulu. dia akan tag kt waistband korang tu. nanti korang pilih locker just scan kt locker tu nanti dia buka. korang boleh buka tutup locker tu berapa kali pun tak kisah. harga sewa locker dari RM20 untuk small size, rm30 utk medium dan rm40 utk large.
masa kami masuk park ni, hujan dah berhenti. fuh nasib baik kan. kalau tak nyesal g hari tu, tak kan nak bawa anak kecik main sambil hujan kan. naya je kang anak demam pulak.
Kalau korang nak tahu, kat dalam ni bukan saja ada water park ye, tapi ada banyak lagi park lain:
1. Lost World Water Park.
2. Lost World Petting Zoo
3. Lost World Amusement Park
4. Lost World Tin Valley
5. Lost World Tiger Valley
6. Lost World Adventure Park
7. Hot Spring & Spa
8. Night Park.
Mula2 kami tak terus main air. kami pusing jalan2 dalam ni dulu sebab nanti kalau dah main penat, baju basah sure dah malas nak jalan2 kan. sini best nak jalan2 sebab banyak tempat persinggahan.
Tengok jalan pun basah kan sebab baru lps hujan lebat. |
Mula2 kami lalu Amusement Park dulu. ada beberapa permainan yang korang boleh main kt sini.
naik Perak Parade. nak naik berapa kali pun boleh. |
Kat sini kan kalau korang malas nak jalan, boleh juga naik train dia. tapi aku prefer jalan la. sebab best banyak tempat boleh singgah. distance pun dekat2 je. so tak terasa korang jalan jauh pun.
Ni jalan nak pergi Tiger Valley. |
ok kat area Tiger Valley ni ada cat house tau. tempat tertutup, tak boleh ramai2 masuk dalam ni, ada limit la sekali masuk berapa orang. kt sini kucing besar2. ada 1 kucing rare yang tak ada bulu tu. geli oii aku tengok.
Budak Adaniy tembam ni geram dia tengok kucing tu. |
kt Tiger Valley ni harus la ada tiger tapi nanti aku cite ye kt bawah tu.
lepas tu kami pergi Tin Valley pulak. Tin valley ni ada sungai kecil utk korang try macam mana orang cari timah. korang boleh la try mendulang timah sambil ambil2 gambar. aku tak ada ambik gambar pun. tapi tempat dia cantik.
Gigih ku panjat gajah tu. dapat gajah batu pun boleh la kan. |
Kenapa ada gajah kt tin valley ni sebab nya gajah sebagai pengangkutan juga pekerja utk orang melombong ni masa dulu2.
Kat tin valley ni ada restoran. korang boleh duduk2 minum kopi ke kt sini.
kalau korang terus lagi ada Adventure Park . ada boleh jumpa tasik utk kayak tau. ada aktiviti water sport kat tasik tu. ada juga tempat untuk rock climbing dengan ativiti lain lagi. aku tinjau kt depan2 tak g dalam sangat. lepas tu aku patah balik, nak pergi Petting Zoo pulak.
on the way Petting Zoo, jumpa safari area. ada zebra, zirafah, ostrich dengan binatang lain juga dalam kandang yang sama. |
masa aku sampai sini tak ada orang pun naik tempat nak bagi zirafah makan. korang boleh naik platform untuk bagi zirafah makan tau, aku naik dengan Arsya je. tapi Arsya takut bila zirafah tu dekat, jadi aku jela yang bagi zirafah tu makan,
Kat Petting Zoo ada banyak lagi haiwan yang korang jumpa.
ada raccoon, arnah, tikus, ular, burung, tapir, harimau, singga, monyet dan macam2 lagi la.
dapat tengok diorang bagi tapir makan. time ni memang waktu bagi tapir makan pun. |
Lepas dah puas pusing2 kat Petting Zoo ni kami pun gerak nak pergi water park pulak.
lalu kt hotspring dulu. sejuk2 ni mandi air panas sedap juga kan. kami berendam kt sini dulu,
ada kolam yang panas, ada yang suam2 ada juga yng sejuk sebab nak bagi jadi suam2. korang pilih la nak mandi kt kolam mana 1. sini pun ada gelongsor apa bagai utk budak2 main.
Ni kolam air suam2 tau. tak dalam sesuai untuk budah setahun keatas, |
yang ni suam2 juga sebab ada iar terjun tu sejuk. |
ni air sejuk tau bukan air panas. |
lepas dah puas berendam kat sini, kami pergi pool yang lagi besar konon2 nacam tepi laut gitu.
ada pasir kat sini, ni la yang Arsya suka. swimming pool dengan main pasir.
tengok terus ajak aku main pasir. Adaniy dengan asben dah main air dulu. |
Suka budak ni tau, dia pandai merangkak je masa ni. belum pandai jalan lagi. |
masa ni ada event dinasor ni, dinasor tu bergerak tau. even yang baby dinasor orang tu kendong tu pun bergerak jugak,. |
berlagak swimming jauh2 kat tempat dalam. |
kami main air sampai la dekat pukul 3 petang. kami cepat2 patah balik pergi tiger valley tadi. sebab nya pukul 3 ptg ada Tiger Feeding Show tau. kalau datang sini jangan lepas kan peluang tengok show ni. wajib tengok tau. kalau nak tahu macam mana dia bagi makan tiger, korang kena la pergi sini. datang awal boleh dapat tempat duduk selesa tengok show. tempat duduk terhad ye. aku datang 30 minit awal pun tak dapat tempat. dah full orang duduk tunggu.
ce cari mana tiger nya. ada 3 ekor patutnya. tapi sekor tu sakit tido kt belah belakang sikit. |
show dia dalm 1 jam juga., jenuh kami berdiri tau dokong anak, lepas tu anak2 dah penat, oergi minum susu sampai tertido terus kat bilik nursing dan kids changing room. lama aku dok dalam tu sebab anak tido. sampai minta asben pergi tapau makanan kami. asben jalan2 kat area Ipoh street yang kawasan banyak kedai2 makan dalam theme park ni, tapi tak ada kosong,.orang ramai time ni,
lepas tu ada meja kosong kat atas kedai tu, kami pun hangkut anak naik, sekali diorang pun bangun., sib baik la dah puas tido lama masa kat nursing room tadi.
Kiterong selesai makan terus tukar baju. tak dan dah nak mandi2 lagi nya. hari pun dah petang masa tu.
kat luar area parking tu sempat ambil gambar anak beranak kt sini. |
Kami tak terus balik hotel, kami cari tempat makan kt Ipoh. tadi dah makan kt dalam park kan tapi sikit je. so tak kenyang pun even makan nasi.
kami google jumpa temoat famous orang makan kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.
Kedai ni bukan saja ada nasi lemak tapi ada banyak lagi makanan lain yang sedap2.. aku makan nasi outih dengan lauk2. ada order tomyam, telur bungkus, dengan lauk2 lain lagi. boleh cakap makanan dia sedap.
lepas tu baru kami balik hotel. tak ada pusing2 town Ipoh ni pun. esok nya kami checkout dalam pukul 11. konon2 nak g tru nasi ganja yang popular tu tapi apa kan daya dari luar dah nampka orang beratur panjang. asben pun reject terus. kami terus masuk highway nak balik KL je lagi.
Insyallah ada rezeki kita datang lagi makan nasi ganja ye.
2 comments
alolooo.. geram nye pipi si kecik tu. hehehehe
ReplyDeletenasi ganja tu mmg always penoh. tp yg beratur tu actually utk take away. klw nk makan situ kire just ddk je kt meja yg kosong. xpon berdiri sebelah meja yg bakal kosong (macam zaman ikea dlu2. hehehe) tp klw take away pon, although beratur pjg, cepat jugaK dorg proses nasik tu. sya klw balik kampon, selalu plan nk singgah nasik ganja tu. tp sbb byk sangat aktvt, manjang xsempat nye. hehehehe
la yeke? tak pe lain kali nk singgah mkn situ.thank info.
Delete