Playtime di Parenthood Sunway Piramid

By Farhana IezAna - 12:26 PM

Assalamualikum...



Hari jumaat lepas berkesempatan nak bawa anak2 jalan2. ini pun idea Mr Asben. tetibe je pagi tu cakap nak bawa anak g parenthood. tapi sebab hari jumaat kan, harusla kena tunggu Arsya balik sekolah & solat jumaat dulu.

Kalau korang nak tanya g parenthood time weekdays mmg lagi murah & tak ramai orang pun. boleh buat playground tu macam anak2 korang yang punya la. tiket dia unlimited access untuk 1 days. so nak keluar masuk berapa kali pun xkisah. aku tak nak compare dengan parenthood tempat lain, sebab aku xpernah g pun. yang sunway piramid depan rumah ni je pun, lalu hari2 tapi baru ni la pertama kalinya nak bawa anak main sini.


tapi kalau nak compare 

Megakidz Funland Mid Valley tu, aku prefer lagi suka parenthood ni la. Megakidz tu parent tak boleh follow anak main sekali. kena monitor kt bawah je. slide dia semua parent tak boleh main. kalau parenthood ni harga tiket untuk seorang anak dah include sekali dengan seorang parent. so klo ada 2 anak, ibu bapa boleh masuk sekali la. tak payah beli tiket asing2. extra adult bayar pun murah je bawah rm10 je.



kalau korang lalu depan sunway piramid, korang tengok sebelah padini/ H&M tu ada Clio Hotel, kat bangunan Clio Hotel tu la Parenthood ni. klo parking dalam piramid, naik parking atas, masuk parking Green Zone ( ada bridge link). Green Zone parking ini la dalam bangunan Clio Hotel tu. tapi klo korang parking je atas CP3-CP7 tu pun xkisah la. korang turun je level F/Padini punya level. lalu dalam Padini terus je akan link ke Parenthood ni. kalau korang parking kat Green Zone tadi. naik je lift kat bangunan tu. terus sampai parenthood dah kat level 1. button lift ada info dah. 

kebetulan sekarang Parenthood ada buat promo CNY, beli tiket dapat lagi 30% diskaun tau. so berbaloi2 la. harga walkin untuk kanak2 2 tahun keatas rm29.++ gitu. so beli 2 tiket kanak2 dalam rm43 je. mak bapak join masuk sekali sebab dah include. jangan lupa bawa stoking sendiri sebab kt sini kena pakai stoking nak jaga kebersihan. kalau tak bawak stoking, beli la kt parenthood ni @ beli kat piramid sana. Padini sebelah je so senang.

Aku masuk sini petang sebab lepas solat jumaat, sampai piramid terus g makan dulu. so dalam pukul 3 la baru masuk sini. but tak kisah pun sebab tiket unlimited, nak keluar masuk berapa kali pun boleh. haritu ada 3-4 parent je. so memang best la sebab tak ramai budak, & senang nak monitor anak. cuma arsya macam boring sikit sebab sikit sgt orang kan. so dia main berdua je dengan adik dia. kalau adik dia tak nak join, dia main sorang2 tula yang dia bosan sikit. tapi merata la dia g. agak besar juga la parenthood sunway piramid ni. 

sejak2 mengandung ni, mmg xkuasa la nak join ikut anak main sekali. so banyak asben yang layan diorg. mak ko dok tepi main tepon je sampai habis battery, sebab x charge pun battery tefon tu kat rumah. 30 minit main tefon pun mati. hahaha. tak ada ambik gambar kt dalam tu pun. ni mana yang ada gambar ni dr ikhsan asben je. so sikit jela gambar yang ada.


kat dalam ni ada banyak slide. kat belakang2 tu aku ingat tak ada slide dah. rupanya ada lagi slide. tu pun aku sambil lalu je tepi2 mana yg senang lalu. xkuasa nak jalan dalam2 semua. tu anak aku seronok merata pergi atas ke bawah mana tah kat dalam ni. adik dia follow je. mula2 adik nya takut2 juga. tapi kakak ajak, dia berani la. tapi jangan tinggal kan dia jauh2, nanti dia patah balik semula. hahaha. nasib la ada adik dah pandai main sama2. tapi adik ikut mood juga kadang2. 


ada juga parent yang join main sekali. aku tengok parent lagi over excited dr anak2 nya. haha gelak je kat tepi. tapi klo over sangat, macam innoying pulak kan sampai bunyi gedebak gedebuk semua. over nau..







ni antara slide tarikan la kat sini. ada lagi 1 slide yg warna warni ni juga, tapi bawah dia ada banyak ball. situ pun jadi pilihan anak aku lepak main. sampai malam anak aku kat sini, kol 9 kot baru kelaur, tu pun sebab anak2 dah haus, air dah habis. pastu diorg memang seharian tak tido, so dua2 dah penat. tapi bila cakap nak balik tu pun diorg asik cakap tak nak je. nak main lagi.. last2 aku cakap nak g makan, baru diorg nak kuar.


Arsya nya main, sampai tahan kecing, pastu terkencing kat suar masa kat toilet dah tak menahan lagi. kena marah dengan bapak dia. suar dah basah, kesian kat anak pastu bapak dia g beli suar lain kat padini tu. nasib la bapak ko murah hati nak oii. tu la kalau korang perasan dia pakai suar lain2.

sapa nak bawak anak pergi parenthood ni, boleh la pergi sekarang. lagi2 ada promo ni kan. murah banyak dah tu. tempat pun besar, puas anak main2.
kat luar parenthood ni ada banyak kedai2 mainan juga.


anak2 aku xheran sgt ni. sebab dah biasa beli mainan, so diorg prefer main kt dalam parenthood tu je. selamat duit mak bpk ko nak oii. ada juga kedai jual barang2 baby & mak. macam stroller, buku, beg, botol apa semua bagai la. so nak cuci2 mata pun ok juga. keselamatan anak2 kat dalam parenthood tu tak payah risau sebab diorg tak kan boleh kuar sesuka hati. pastu ada cctv, berpagar, ada orang jaga juga.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments