Arsya Masuk PlaySchool

By Farhana IezAna - 1:02 PM

Assalamualikum..

nak penghabis bulan 9 dah kan.. kejap je rasa macam dan nak habis tahun 2017. tinggal berbaki 3 bulan je lagi.


ok berbalik topik entry kita harini. Harini hari ke 5 Arsya melalui hari2 baru dia dgn datang playschool dari pukul 9 pagi - 12 tengah hari. PLAYSCHOOL ni bukan school/tadika tu tak konsep nya lebih pada main sambil belajar. tapi konsep belajar nya tak sama. kiranya bukan akademik sgt tula.

Arsya ni umur nya baru nak masuk 3 tahun 3 bulan. mungkin ada orang cakap mcm awal masukkan anak school. tapi macam yang aku ckp Playschool ni bukan macam tadika/school biasa tu. actualy niat aku nak masukkan dia playschool ni ada beberapa sebab la.

1. selama ni aku kerja, arsya dok dgn nekma dia. dan kt rumah nekma dia, of course tengok tv je memanjang sambil main kan. tv tu nak tukar channel lain pun dia tak bagi even dia tengah main, mata xtgk tv pun.
2. next year insyallah aku dftar dia masuk Little Caliphs untuk umur 4 tahun. (walaupun dia belum 4 tahun lagi kalau ikut bulan). so bila kita masuk kan playschool ni dh boleh nmpk la rutin bagn pagi semua tu mcm mana. emosi dia ok ke x. dia suka ke x.
3. harus la saja2 nak bagi dia main dgn org lain, ada activity yg berfaedah (bukan menekakn kan supaya dia pandai akademik ye) lebih pada yg bersesuaian usia dia.

berbalik pada Arsya tadi, hari pertama sure la dia susah bangun pagi (tiap2 hari pun susah) even seminggu sebelum mmg dh start suruh dia bagun mandi sebelum hntr g rumah nekma dia. tapi sampai skg pun still susah bangun juga. tapi tak ambik masa lama pun. dalam 15-20 minit settel mandi pakai baju semua.

masuk school dia langsung tak nagis tapi sgt excited. dia nmpk 1 bilik tu ada budak2 tgh main, dia terus cakap kt aku, yg dia nak main dgn kawan2. keluar sorang teacher dr bilik tu, then teacher tu say hi kat arsya, ajak arsya masuk sekali dlm bilik tu. cepat2 arsya lari g situ. lepas tu sure la dia xkisah pun mak bpk dia ada ke x de.

aku dgn asben tunggu 30 minit settelkan isi borang semua pastu kita berdua balik je (aku sambung kerja sebab office sebelah je) ingat kan mula2 principle dia ada minta parent tunggu masa 1st day. tapi asben sendiri tak tunggu sebab sure arsya mmg ok punya. 

dalam kol 10 gitu principle dia sent picture kt whatsapp aku



principle dia cakap dia doing well. 

Balik pukul 12 aku ambik dia. dia macam tak nak balik. semua teacher suka dgn arsya sebab bagus boleh independent, tak nagis langsung. ada sorang budak cina ni cakap dgn mak dia psl dia ada new friend sambil tunjuk Arsya.

Masuk kereta je tak lama Arsya tido. ngantok nau agaknya ye 1st day kt school.

Untuk hari ke2 pun dia more excited. boleh nampak bila sampai dpn school pun dia boleh tunjuk mana 1 school dia. school dia shoplot kat tingkat 1. selalunya kami memang sampai awl, tapi ergi breakfast dulu kt kedai depan school (aka depan office aku juga). tapi Arsya ckp tak nak makan, dia nak pergi school. asben cakap kt arsya, school belum buka sebab awal lagi (padahal dh buka pun) hihi.

alhamdulillah sampai ke harini dia pergi sekolah mesti happy je. tak kisah la dia sihat ke xsihat.
jumaat lepas je dia terpaksa ponteng sebab kebetulan aku mmg cuti, adik aku nikah. lepastu pagi2 tu hujang turun selebat2 nya. arsya pulak mmg tak sihat (malam tu baru start demam + batuk). sib baik la arsya mmg dr kecik kalau demam ke cepat sembuh. 1-2 hari je dia demam.

harini dia pergi sekolah, semua teacher tanya. sebab selalu friday ada activity sikit. mcm jumaat lepas diorg buat lantern untuk moon cake festival. arsya punya lantern dah disiapkan oleh teacher dia. patut nya arsya kena buat sendiri la dgn kawan2 dia. 



ni picture masa 2nd day class. teacher dia transfer dia masuk full class sbb dia cepat tangkap, very independence, boleh focus. 

Syukur sgt la arsya budak yg senang hantar mana2 pun dia seronok je. 
Hari khamis ni dh ada open day untuk Little Caliphs Sunway. Insya Allah nak daftar kan Arsya kt sana untuk sesi 2018. 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. arsya suka berkawan tu. dan suasana ramai orang. tu rajen pegi school tu.

    ReplyDelete