Holiday: Langkawi 2015 - Part 2

By Farhana IezAna - 2:52 PM

Assalamualikum..

Day2 kami bersiap lepas solat subuh. tido malam aku agak terganggu sikit sebab bilik aku tu tak ada aircorn. bulan 3 musim agak panas kt langkawi. anak aku Arsya nagis malam sebab panas. kami tido kan dia tak pakai seluar dh malam tu. pastu tak tahan panas, aku pindah tido luar sebab kt living hall ada aircond.

haha ni bukan demand ye tapi sebab cuaca masa tu mmg panas. kita yg besar ini pun tak tahan, ini kan pulak baby kan. ini la issue yang bpk mertua aku cakap kat owner homestay utk letak aircorn kat setiap bilik.yang2 tak ada masalah pun.

sebelum keluar kami dh breakfast siap2 kt rumah lagi. area homestay tu ada kedai makan. so adik ipar dgn bapak mertua aku dh keluar beli sarapan pun. so bila dh kenyang, kami pergi jetty dulu sebab nak beli tiket ferry balik esok. takut kalau beli esok, kg ramai orang. tak pun tiket time kami nak balik tu dah habis. mampus kg nak tunggu sampai ptg@mlm kn.

sebelum kami keluar jalan2.

tunggu atok nenek beli tiket ferry lama sgt. hihi
alhamdulillah kami dapat tiket ferry balik time yang kami nak. so barula boleh bersenang2 nak jalan2. lepastu kami terus menuju ke cable car. kiteorg sampai pun dh dekat kol11 pagi. cuti2 sekolah ni memang tau la ramai orag kat sini kan. nak2 lagi 2 hari ada LIMA. itu pun otw nak pergi cable car kan ada lalu kat area airport. kebetulan tengah lalu tu ternampak kapal terbang yg LIMA tengak wt buat raptai tu excident terjatuh. huhu.

lepas tu kami sampai kat cable car tu mmg time org ramai la kat sana. kami terus ke tiket kaunter utk naik cable car. aku bertiga ke dgn anak dgn asben naik atas. mak mertua, adik ipar perempuan aku masuk 3D gallery tu. masa ni 3D tu baru buka. so mmg lagi la ramai yg dtg sini sebab nak masuk tgk tarikan baru kt sini.

aku bertiga naik cable car masa cuasa panas tapi nasib arsya tido je. dengan kami beratur tu lama juga la kan. so sapa dtg sini time weekend nak2 lagi time cuti sekolah kan, sila la naik cable car pagi2 tau. kali sampai sini dh tgh hari dengan nak beli tiket lagi kena beratur mmg makan masa sampai ke ptg la korang kt sini. aku turun balik pun dh dekat kol5 ptg dh.

sini kaunter kalau nak naik duck tour. kami pun terpernah lagi try yg ni. tak cukup masa.

ini aku xingat dh kiteorg tgk apa.

ada banyak kedai2 jual barang cenderahati kt sini. tapi mst la mahal sikit kan.


Arsya comey kt sini. senang bawak g mana2. dia tak bayak kerenah.

belakang tula 3d art gallery. kena lalu sebelah tempat jual tiket naik cable car baru la jumpa 3d art gallery ni.

tgk panjang barisan. dr bawah ni sampai kt atas tau beratur ny. nak naik pun dh beratur sejam.


alhamdulillah cuasa baik masa kiteorg naik sini. tak ada angin kuat pun.







sampai turun tau budak ni tido lagi.
kami turun, mak mertua dgn adik ipar pun dh keluar juga dr 3D gallery tu. pastu tgk jam, ngam2 dh dekat kol5 kan. tengah hari tak makan lagi. so dh dekat dgn airport tu, harus la singgah makan langsa ikan sekor kat tepi landasan airport tu. makan sedap, pemandangan cantik boleh tgk laut, tgk kapal terbang turun naik, tengok kapal terbang LIMA tgk latihan. seronok amat la..

sini ada bnyk gerak lori bergerak tu. pandai2 la pilih nak makan yang mana 1. aku ikut je mana2 mertua aku berhenti makan. tapi harus cuba laksa sotong goreng, cucur udang dengan air kelapa muda tau. nyam2 sgt.

lepas tu kami terus gerak g pekan kuah balik utk continue shooping. semalam macam cuci2 mata je. so petang tu kami more cari coklat la. kiteorg pergi few kedai juga la kuah tu. beli barang sana sini sikit. haha boleh gitu kan. dh shopping2, kami tak makan dh sebab rasa macam baru lagi makan kan. so beli kudapan je kat kedai runcit gitu wt makan kt homestay.

lepas tu terus balik homestay balik untuk sambung esok last day pulak kan.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments