Aquaria KLCC 2015

By Farhana IezAna - 2:34 PM

Assalamualikum...


Ini throwback juga ni pasal kitaorg ada pergi Aquaria KLCC.
utk aku ni kali kedua pergi sini. kali pertama dulu pergi sini masa form4. ada lawatan dengan pengawas pusat sumber sekolah dulu. hihi zaman muda remaja gitu.

kali ni kita datang sini bertiga dgn asben & anak sekali. diorg first tima la datang ni. kiteorg tak survey pun berapa masuk sini. tapi tahu la klo ada ic tu harga lain kan. macam biasa, KLCC bukan la susah parking, bukan juga senang parking. parking dlm KLCC pun mahal juga la. tu dah pasti kan.
so sapa datang ni nak parking dekat korang parking kat area KLCC convention centre punya parking. jalan masuk parking tu kt depan Impiana Hotel. situ jalan sehala, so korang pandang la kiri je tengok mana nak masuk parking KL convention centre tu.

kalau parking situ dekat sikit la. korang pergi LG level ikut signboard g Aquaria. dia bukan kt area twin tower tu tau. dia 1 bangunan dgn convention centre tu.
sampai2 kami terus beratur beli tiket. yang best nya kamia dapat fast lane sebab ada baby. so tak payah beratur panjang pun. hihi. bagi IC boleh dapat harga warganegara.

entry ni mmg most nk tunjuk gambar je. hihi so korang layan la gambar ye. nak lebih info pasal ni korang tgk je website dia ye. klik link bawah ni

Kalau nak dapat kan tiket murah lagi korang try google tgk kt 11street ke fave ke @ mana2 website lain yang ada promotion tiket masuk Aquaria KLCC ni. jimat la sikit kan.

































dia dpt paw bola lampu ni pastu kami xbg main dh sebab habis dia gigit bulu2 getak bola tu sampai tercabut.


Kat dalam ni banyak la hidupan air yang rare korang jumpa.
ada show & feeding time juga, tapi masa aku dtg ni semuashoe dh terlepas. tak sempat tengok. better korang check jadual live feeding/show dia la. mcm aku ni time ada show tu, aku dh pergi tempat lain. so rugi kat situ. nak tgk pirana feeding pun org dh kerumun habis tak nampak apa dah. haha

bagi aku tempat dia mcm xbesar mana, n budak2 bawah 4 tahun mungkin akan bosan sikit. dgn keadaan gelap lagi kan. macam xberapa sesuai utk budak kecil. tu pendapat aku jela ye.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. hi sis, sy cari info pasal parking utk ke aquaria klcc. boleh sis bagi lokasi parking yg sis maksudkan? terima kasih sy dahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. parking kat bawah KLCC Convention Center. kena lalu jln pinang. depan Impiana KLCC Hotel

      Delete
    2. Hai sis, berapa kadar parking kat situ sejam?

      Delete