Holiday: Bercuti ke Gambang Safari & Water Park (Part 1)

By Farhana IezAna - 12:38 PM

Assalamualikum...


Pada cuti CNY baru2 ni, kami family kecik aku je. aku laki bini dengan anak2 decide nak pergi Gambang ni. actually kami memang dah beli voucher masa Matta Fair bulan 8 ke 9 tahun lepas. voucher tu expired sampai bulan 3 2019 ni je. so sebab CNY, company aku tutup 1 minggu. so kami decide nak g gambang sebelum CNY la. 

ini pakej voucher masa Matta Fair tu. memang berbaloi sgt2 nak beli. kiteorg beli Package C2.

dalam pakej yang kiteorg beli tu, dah include hotel untuk 3hari2malam, 2 tiket dewasa untuk waterpark & safari, 2x breakfast & 1x Dinner. kami cuma tambah 1 tiket kanak2 untuk waterpark & safari masa kat Matta Fair tu jugak. ada kurang sikit harga dari beli kat kaunter park. so better la tiket tambahan tu korang beli siap2 kt matta fair je. untuk budak bawah 3 tahun percuma ye. sebab tu aku just beli 1 je tiket tambahan untuk Arsya.

Pakej yang kiteorg beli tu utk stay kat Caribbean Bay Resort. sini boleh kita resort yg paling murah la kat sini. breakfast & dinner sekali dengan Arabian Bay Resort. kena jalan kaki je ada link bridge (level 2 setiap block) menghubungkan Caribbean & Arabian ni.  so tak perlu nak drive pun. xjauh mana, macam aku just sebelah blok jela kiranya.

Bilik studie suite untuk Caribbean agak besar untuk aku 2 dewasa+2 kanak2. boleh muat lagi masuk 5 org dewasa pun kalau nak, tapi kena bawa extra tilam/toto sendiri la ye. sebab bilik tu ada 2 katil super single. ruang tamu yang luas. ada kitchen table top ( sink + water heater + fridge). ada meja makan 2 kerusi. kat ruang tamu pun ada meja kopi dengan 2 kerusi juga. kt balkoni pun ada meja kopi dengan 2 kerusi. bilik air pun besar. so bagi aku agak puas hati la juga.

macam ni la rupa studio suite tu. ( google source)


actually ni bukan kali pertama aku ke Gambang. kali pertama dulu dtg sini masa tahun 2013, masa kami baru kahwin la juga, belum ada anak lagi masa ni. so lepas 5 tahun kami bawa anak2 pulak la. masa tahun 2013 tu kami stay kat Arabian Resort. tu pun dapat voucher free juga, hadiah kahwin dari makcik aku. tapi masa tu aku sempat pergi waterpark je. safari park tak dapat masuk sebab voucher untuk safari park dh expired masa tu. so kali ni kami pertama kali la nak masuk safari park tu.

pasal makanan yg hotel sedia kan untuk breakfast & dinner bagi aku ok2 saja la. nak kata best sgt tu xdela. breakfast banyak jugak pilihan. kalau korang datang time cuti panjang ni, pastikan pergi breakfast awal ye. kalau tak nanti beratur panjang tunggu meja kosong. sebab combine 2 hotel kan. so memang ramai org kalau time2 cuti. 

perjalanan kami ke gambang pada sabtu pagi. pukul 6 pagi dah masuk tol Gombak. pastu berhenti kt BHP utk solat subuh. pastu ada berhenti lagi sarapan kt RNR Temerloh. walaupun jalan agak clear tapi RNR pun penuh juga pagi tu. xde meja. so kami makan je kat tepi2 jadila. pastu terus ke gambang. keluar susur Sri Jaya sebab rasa nya lebih dekat sikit dari keluar susur Gambang.
sampai gambar pukul 10 gitu, tapi tak boleh terus check in pun. so kami terus sambung pergi safari park je.

next entry aku cerita untuk Safari park & Waterpark ye.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. nice sharing... 1st time datang sini terus follow blog. Jemput singgah ke blog saya juga. terima kasih :)

    ReplyDelete