Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak Ketiga.

By Farhana IezAna - 3:49 PM

Assalamualikum...

Buat pengetahuan semua aku dah pun jadi mama kepada 3 anak. sebulan sebelum anniversary yang ke 6 tahun aku selamat bersalin anak ke-3 dengan NORMAL INDUCE.

kali ni pengalaman semuanya almost berbeza dengan pengalaman sebelum ni. penuh panca roba dr pregnant sampai la bersalin. tapi dipermudahkan jugala walaupun berliku2. awal2 pregnant memang macam tak expect langsung. aku tak rancang la nak tambah anak dalam masa terdekat ni sebenarnya. tapi balik je dr bandung tu, period lambat. dh suspek eh pregnant ke aku ni. sebab period aku mmg xkan lambat kecuali pregnant jela.

seminggu lps dah lambat dtg period tu, aku pun beli jela pregnancy test tu sbb nak kan kebenaranya nya walaupun dalam hati harap2 tak pregnant. tapi mana boleh nak menidakkan rezeki kan. sekali test je dah nampak double line. & aku diam je lepas tu. xbgtau sesape pun tapi asben aku of course la tau sbb dia yang beli pregnancy test tu. asben aku mmg nak anak lagi pun. cuma aku yg tak nak sbb memikirkan mabuk teruk 9 bulan tu nak kena hadap.

dan seperti yang di jangka. of course la aku masuk dr awal2 pregnant lagi. kali ni aku mmg xtahan nak hadap mabuk pastu g kerja lagi.. so awal2 seminggu gitu aku gagah juga la g kerja. pastu aku decide nak unpaid leave je. sebulan lebih juga la aku unpaid leave. masa start krj balik tu pun masih muntah2 mabuk lagi. tapi ku gagah kan jua.

masa mabuk teruk tu mcm biasa la mmg tido je sepanjang hari, bangun muntah. mkn sikit2 je tapi paksa juga makan sbb takut perut sakit nnt. pengalaman anak pertama dulu sampai gastrik teruk sgt. (scary giler, xdapat bayangkan balik time tu). semua krja rumah mmg laki aku la buat, jaga anak semua la dia buat juga. nasib baik laki aku memang kerja kat rumah je, sebelum2 ni pun mmg dia yang jaga anak semua time aku kerja.

bila perut dah besar sikit, naluri aku dah tau aku mengandung anak lelaki. walaupun tiap2 bulan checkup ( kat klinik swasta) mesti aku scan tapi tak nampak jantina pun. baby mmg payah nak bagi nampak. kalau tak salah aku scan masa dah masuk 7 bulan mcm tu baru la aku confirm pregnant baby boy. tu pun dia tunjuk 1-2 saat macam tu. doc nak capture gambar pun tak sempat. sebenarnya adala juga berharap nak bby girl sbb baju & accessories baby girl comel2 amat kan.. haha baju2 anak pertama aku pun banyak lagi yg cantik2 aku masih simpan sampai skg. sayang wey nak bagi org @ nak jual pun.

walaupun kali ni baby boy lagi, & anak kedua aku baru je masuk 3 tahun. baju dia mmg banyak juga la. tapi aku tetap membeli juga la baju baby yg baru2. ( dasar tak boleh tgk baju baby). & sampai skg mood menyoping baju bby tu tak boleh luntur. gasak la kan. sampai laki aku sound cakap baju bby dah banyak. mana tak nya baju setahun pun aku dh beli2. hahaha.

ok berbalik cite pregnant tadi. kalau ikut kan due aku 1st raya iaitu 5 June 2019. tapi sebulan sebelum tu, aku demam pulak.  kes berjangkit dengan anak2 kot. hujung bulan 4 aku demam 1 hari. pastu berterusan batuk & selsema sampai sakit tekak & buat aku xmkn 4-5 hari. pastu aku decide nak g hospital je check. jadi bermula la kisahnya bertapa kat hospital smpai bersalin.

6 May 2019 (1st ramadhan masa ni)
lps lunch aku berdua je dgn asben, g serah diri kat hospital shah alam. aku pergi kecemasan zone hijau. ada pembantu kat bilik mana 1 tah dia pangil utk check & tanya sikit2 pasal keadaan kita, pastu dia suruh aku bayar kat kaunter & cakap nak masuk bilik apa tah tapi bilik tu kat kecemasan tu jugak la. & bilik tu khas utk org yg tengak pregnant. ada 1 bilik je sebijik macam bilik nak scan baby tu. ada 1 katil, mesin scan, sofa 2-3 biji pastu ada toilet kt dalam tu. masa ni ada 1 org yg tgh pregnant & kena drip air. lepas tu kena pangil, aku kena pasang branula kat tangan. eh2 pasang branula ni sure2 la sbb nak kena ambik darah bnyk kali @ kena masuk air @ masuk ubat. masa ni dh pikir aduhai harap2 jgn la lama2 kat hospital ni.

lps je masuk branula, kena scan hati ke apa tah. aku pun lupa dah. tapi berhadapan je dengan bilik yg aku pasang branula tu. pastu start la aku kena drip masuk air. ada seorang ni drip 3x kot smpai tengah malam tu. pastu dia dh boleh balik. yang aku & lagi seorang ni dah pukul 3-4 pagi kot baru diorg suruh pergi PAC (tempat orang nak serah diri utk bersalin tu). sebelah je dengan bilik kecemasan ni. masa ni aku dah drip air 3-4 botol kot. asben aku masih gagah tunggu lagi sampai la dia nak sahur. kat pac ni 1st kena ambik air kencing, pastu terus suruh aku naik level 4 pulak kat pac & dewan bersalin tu.

7 May 2019 (2nd ramadhan)

dr pukul 3-4pagi aku dah kat PAC ni. dr level 3 dah naik ke level 4. kat level 4 ni pun aku terus je drip air. sampai la total 10 botol. sejuk + lapar giler la kat sini. asben aku dtg balik hospital pukul 4-5 ptg. bawak anak2 sekali masa ni (sebab igt aku boleh balik ke kan). masa kat PAC ni 2-3x dah kena ambik darah. macam2 doc dah tengok aku. aku dh kena ctg ( check pergerakan & jantung baby) semua bagai dah kena. nasib baik skg kat PAC ni ada jual air mineral & jajan2 macam kerepek ke kacang. so lapar je ambik la apa ko nak kan. tapi kena bayar jugaka bukan free. letak je duit dlm tabung yang disediakan. 

tengah hari macam tu ada beberapa doc medical datang tgk aku, then diorg cakap aku maca kuning. sebab nampak kt hujung2 mata ada kuning sikit. dia diorg decide aku kena warded petang tu. masa ni asben aku ada, dia tolong bayar & daftar kan kemasukan aku. lepas dh aku masuk ward, laki aku balik la. masa ni dh dekat2 nak berbuka dalam pukul 6 lebih - 7 gitu. sbb dia bawa anak, so dia tak ikut naik ward. jadi bermula la aku warded hospital ptg tu.


 9-10 May 2019

Bila kena warded ni biasa la hari2 kena ambik darah, sehari 1-2 x juga la kena ambik darah. pastu faham2 la duduk wad bersalin ni, ada yang belum bersalin, ada yang dh bersalin. nurse setiap 4-5 jam sehari akan ambik darah utk check gula level & bacaan tekanan darah & check ctg. jadi memang dh lali juga la dgn jarum2 ni. sampai 1 tahap aku dah bosan giler kot kat hospital. hari2 memang laki aku melawat. tapi dia datang kejap jela sebelum berbuka selalunya pukul 5-6 ptg gitu. budak2 memang tak boleh nak naik ward. asben aku dtg naik moto je bawa apa2 mknn aku nak. 2 hari kat hospital aku masih tak selera makan & ada muntah2 juga. pastu dah tak muntah lagi.
Katil sebelah menyebelah, depan belakang silih berganti dah org nya. xtau berapa ramai dah tukar2 jiran. aku juga masih bertapa kat situ.


doc medic suspek aku ada masalah hati. sebab aku kuning sikit kan. so aku kena buat ultrasound hati & hempedu. lepas dah buat ultrasound tu alhamdulillah la, xde batu ke apa 2. tapi still aki xboleh discaj juga. sbb doc cakap hati aku besar sikit dr yg normal. then boleh effect baby dalam kandungan. baby boleh mati gitu. so aku kena tahan la. ada doc yang cakap aku kena ambik darah & hantar sample darah tu kat lab swasta kat luar. sebab utk kes aku ni, hanya sesetengah lab je ada buat test ni. utk buat test ni, aku kena bayar sendiri. rm130 kot masa tu aku kena. darah aku diorg hantar pada 13 May.

lepastu ada doc yang cakap nak kena tahan aku sampai bersalin & mungkin kena induce je bila cukup 37w. pada 10 May tu aku dah kena seluk kali pertama utk check bukaan. masa ni baru 1-2cm je bukaan. normal la sebab dah pernah bersalin 2kali kan. lepas je dr check bukaan tu, aku dah ada start mild contraction main2 jela & ada spotted darah ketul2. tapi kan sampai la ke 15 May tu aku masih xbersalin2 jugak.

15 May 2019

Ni hari kemuncak sebab memang ngam2 dah 37w.  pagi2 lagi sebelum subuh dah buat CTG, ambil darah semua. lps subuh ada doc dtg katil bagitahu pagi ni nak kena induce. aku cuak bukan main, sampai terlihat kat riak muka. hahaha
mana tak cuak nya, 1st time pulak tu. pastu dah 9 hari kat hospital macam2 org aku tgk dah. yg kena induce macam mana, yang kena czer macam mana. macam2 cerita jugak la yang aku dengar & tgk sendiri. jadi bila time kita sendiri, lagi la bertambah cuak kan. pukul 7.30 pagi aku pun serah la diri utk masuk ubat pertama. tak sakit pun masuk ubat ni, doc masuk kan ubat ikut faraj, serius mmg tak rasa pape pun. pastu kita kena baring je selama 1jam. lps 1 jam aku still tak rasa contraction ke apa. sampai la dah nak dekat tengah hari baru ada contraction yang agak teratur dalam 15 minit sekali gitu. tapi xla sakit sgt. masih boleh jalan2 gelak2 semua la. then doc pangil lagi pukul 12 gitu utk check bukaan.

masa ni dah ada bukaan 3cm. doc kata dah boleh turun LR, dia akan call LR utk inform dulu. jadi aku terus la inform asben utk gerak dari rumah. masa dia nak gerak tu hujan lebat giler dr PJ-shah alam. laki aku redah je kot. dia pun lupa nak bawa baju hujan. aku masuk LR pukul 1.50 ptg. sebelum turun LR, duit & handphone kena tinggal kat kaunter nurse wad aku duduk tu. so aku dh inform asben jugak la, yang aku nak masuk LR dah.

bila masuk LR je, diorg setup2 semua bagai & drop ubat kedua lagi kat aku. utk cepat kan lagi bukaan. start masuk ubat kedua ni la yang contraction makin cepat. dalam5 minit sekali gitu. boring giler ditinggal kan sorang2 kat LR tu. pukul 2.30 gitu aku tnya nurse boleh panggil asben masuk tak. then masuk la asben aku. mula2 asben masuk aku boleh lagi borak2. tanya dia sampai pukul berapa semua. pastu dia cakap baju dia basah sbb redah hujan. pastu contraction makin kuat. suruh asben panggil nurse check dah 7cm.

aku xtahan tunggu dah. tanya nurse boleh teran ke x. nurse cakap boleh teran kalo nak sebab dah rendah pun bby. so aku pun bila dtg contraction, aku push je. dlm 3-4 kali push je baby kuar dah. pukul 3.50 aku selamat bersalin baby boy. tapi tak habis cite kat situ je. of course la tanya kena jahit ke x kan. mula2 tu nurse mcm bising2 sikit sbb darah banyak tak berhenti. diorg keep seluk2 keluarkan darah beku, uri pun dh selamat keluar semua. pastu ada nurse suruh doc pulak check. doc check kata kena jahit sikit kat dalam. aku rasa sgt dia jahit walaupun 2 jahitan je. jahit bagi aku tak sakit. tapi yang sakit bila diorg keep seluk2 nak kuar kan apa pun xtau la. lama giler part tu. sampai kaki aku gigil2 & mengeras tahan sakit. pastu diorg ampu kaki aku bagi terkangkang betol2. siap pakej bagi hidu gas lagi.

past hidu gas ni la yang wt aku menyesal gile. sbb aku hidu tak lama. tapi aku hidu banyak kali kot. lepas selesai nya semua, asben aku masuk LR balik. aku pun dh minum air milo panas. aku jadi mamai & lalok. macam org giler cakap merapu2 siap senyum2 gelak2 lagi dgn asben aku. 2 x juga la nurse tukar kan pad lepas dah siap jahit semua tu. mmg banyak darah. pastu dekat pukul 6 ptg baru aku bangun katil utk naik wheelchai nak naik wad balik. bila dah bangun ni baru aku start rasa pening & makin kuat rasa mamai. sampai wad, aku duduk atas katil. masa ni kepala mmg pening & ting tong giler. banyak kali cakap kat asben, tengok aku ni ok ke x. sbb aku rasa macam diri aku tak ok.

tak sure sebab terlebih gas ke apa. tapi mmg pening lalok giler. aku nampak semua macam kelabu2 je. asben aku nak balik dah sbb masa melawat pun nak habis dh. aku berdoa banyak2 harap2 aku ok sbb nak handle anak sorang2 kan. susu badan pun tak ada lagi hari tu. aku sua kan juga. tapi still tak ada. sampai dekat pukul 4 pg kot, ada nurse ambik anak aku utk bagi sikit susu tepung + supaya aku boleh rest. ya allah syukur sgt sbb nurse2 sana banyak membantu aku. nadi aku pun agak laju sikit. tu nurse ambik baby, utk aku rest. dapat la rest 1 jam gitu. aku dapat tido kejap. pastu nurse pulang kan bby. baby tgh tido, aku pun ambik peluang g bersihkan diri semua.
lepas subuh gitu, doc paling utk check jahitan. jahitan semua ok. & alhamdulillah result baby semua pun ok. dapat la aku balik pada 16 May tu. genap la 10 hari aku berkampung kat hospital. 1 pengalaman yang tak dapat aku lupa kan. duduk hospital dr 1st puasa - 10 puasa. tengok berapa sibuknya kerja sebagai nurse, doc wad gene ni. memang selute kat diorg semua. bukan kerja senang ye.

macam2 kerenah nak kena hadap. bukan kerenah patient je. tapi kerenah family patient tu sekali. aku tgk pun kdg2 geleng kepala.

ni gambar bby beberapa jam lepas lahir.
Alhamdulillah bertemankan suami dalam LR aku selamat lahir kan baby boy yg diberi nama
ARFIY QOSRIY
dengan berat 3.06KG, lahir pukul 3.40ptg pada 15 May 2019 bersamaan 10 Ramadhan.

jadi aku ada 2 anak lahir bulan ramadhan, moga anak2 ini diberkati ALLAH swt selalu.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments