HOLIDAY: Bandung 2018-Kawah Putih, Glamping Rancabali Lakeside, Teras Bintang & Cidabuyut (part 1)

By Farhana IezAna - 10:43 AM

Hi semua,

Maaf la baru nak share pasal percutian ke Bandung pada tahun lepas. almaklum la, lepas tu mabuk kepayang 😂😂😂. ini tengah ada mood & agak free juga la harini, so kita start la journey bandung tahun lepas. harap2 masih ingat la.

pagi tu kami punya flight paling awal sekali. pukul 6.30pg waktu malaysia ye. sebab bandung lewat 1 jam dari malaysia. kami gerak dr rumah pukul 3 lebih. gerak awal sebab xnak terkejap2, lagi pulak dengan anak kecil kan.
pagi tu bapak mertua kau yg hantar pergi airport. anak2 mmg dah siap2 pakai baju jalan dh sebelum tido mlm tu. so kami tinggal angkat je diorg masuk keta. semua aku ambil beg 20kilo masa pergi. so semua 3 beg simpan dalam cargo. xlalu nak usung ke sana ke sini kan. 

sampai2 airport kami terus pergi ambik collect Pocket Wifi. senang nak guna internet + kami tak nak beli simcard sana. tak kisah la korg nak beli simcard sana ke apa. tapi aku prefer sewa pocket wifi je. untuk asben aku dia roaming international internet celcom. ada promotion masa tu. tak mahal sangat. tapi aku lupa dah berapa. so macam urgent2 nak call pak supir ke boleh la guna kan.. @ aku jauh ke so dia pun ada la internet juga.

Kali ni aku sewa pocket wifi dr RoamingMan. pengurusan sgt senang. korang pergi je website dia utk sewa. segala detail semua ada kt sana. harga sewa pun tak mahal rm10-rm15 je klo x salah.
kat KLIA 2 ada 2 tempat boleh collect. aku collect Level 3, Departure Hall, Public Concourse Area, KLIA2 International Airport (behind check in luggage row Y)

kena letak deposite ye. tapi aku lupa berapa deposit nya. 🙈🙈 kalau korang pulang balik dengan elok, dia akan pulangkan balik la deposit tu. lepas dh collect pocket wifi, ketorg terus check in luggage pulak. sebab kan pagi2 kol 4 gitu dh kat sana, mmg x ramai org la. beratur pun pendek je.
 masa utk boarding lama lagi. kul 5.50 baru boarding. kieorg bawa anak makan dulu kat mcd. sebab pagi tu mmg xada ambik mknn dalam flight. lgpun flight 2 jam je kan. xdela lama sgt. 



alhamdulillah masa tu flight tak ada delay ke apa. so mmg on time la jugak. jenuh nak pergi ke gate. jauh macam paling hujung masa tu. nasib baik kami boarding awal. lagi pun 2 immigration gate yg nak lepas kan.. 

dalam flight anak well behave juga, aku duduk sebaris dengan anak2. aku seat tengah2 supaya senang nak manage anak2 kan.. laki aku duduk seat belakang kiteorg. yg kakak tu dh besar, dh pandai dengar arahan. yg adik tu aku agak risau juga mula2 nya. takut dia xnak pakai seat belt, nak jalan2 apa bagai kan. nasib baik la dalam buku kat seat tu ada gambar2 mainan la cartoon sikit. aku ulang2 tunjuk tu jela kat adik nya. ngam2 flight dh naik, anak pun tido.

Diorg tido sampai touchdown. syukur alhamdulillah. aku pun dapat tido kejap.

kota bandung sgt padat ye. klo masuk kawasan rumah diorg takut tak jumpa jalan keluar je.. hihi. ni kat yg kat kota la.. klo luar bandar sikit, ok je.
Alhamdulillah 8.30 waktu Malaysia. 7.30 waktu Bandung, kami pun sampai. pagi sgt lagi.. jalan pun lenggang je. airport dia kecik je. keluar2 terus tempat ambik luggage. pastu depan sikit je terus ke immigration utk pass kan arrival card. pastu terus keluar nampak pak supir kami dh tunggu.
kami pakai agen. so agen dh bgtau gambar pak supir kami siap2 pun. pak supir pun ada angkat kertas tulis nama asben aku.

urusan kat airport mmg sgt2 cepat la. nak chop passport je yg lama sikit je. tu pun xlama sgt dalam 10 minit cm tu je. 

ni la paksupir kami..kalau nak pergi sana, boleh whatsapp dia. senang je bawa berbincang. nak jalan sampai jakarta, jogja pun boleh dia bawa.
Yanto tolong tarik 1 luggage kami bawa pergi kat kereta. dia parking kat seberang jalan airport tu je. x jauh sgt pun. sana sejuk sikit berbanding kt jakarta. sebab bandung macam tanah tinggi la. jalan pun x jem macam kat jakarta. kami naik keta avanza selama bercuti kat sana. kereta pun bersih je. disebabkan masih awal pagi, Yanto tanya kami nak pergi mana dulu. boleh ikut jadual perjalanan yg dh dibagi sebelum ni @ boleh tukar ikut kesesuaian masa & keadaan kita. Yanto cakap baik pergi yg jauh dulu, sbb masih awl pagi. jadi kami pun rancang teruskan pergi Kawah Putih. dari airport pergi kawah putih ambil masa 1 jam lebih ke 2 jam gitu. 

macam jauh kan.. tapi sebenarnya x jauh pun. cuma lalu jalan kecil, jadi agak lambat sikit la. masa 2 jam perjalanan tu langsung tak boring pun. sebab suka tengok kiri kanan jalan. macam2 kami nampak. ada kereta kuda la, kawasan sawah padi, perkampungan yg cantik & kebun2 sayur. nak pergi ke kawah putih ni jalan mendakit bukit la kiranya. so dia menaik je.

ada lalu highway dulu utk keluar bandar

muka tak mandi sgt kan..🙈🙈


macam sawah pagi kat malaysia juga kan..

Di tengah perjalanan, Yanto berhenti utk kita beli tiket naik kawah putih. kalau ada nak pergi mana2 lagi, boleh beli siap2 semua tempat tarikan kat area Ciwidey ni. ada banyak juga tempat menarik. tapi kami hanya beli tiket utk ke Kawah Putih & Glamping Rancabali je. kalau dah sampai atas, nak beli tiket kat atas pun boleh je. ada kaunter jugak. kebayakan nya harga Rp5-Rp15 gitu je. xmhl pun. Kawah putih je mhl sikit. tpi still murah juga la bagi kita.

1 lagi nak ingat kan kat beli la siap2 mask tutup hidung kat bawah ye. kalau naik atas harga mask dh mahal. kat kaunter beli tiket bawah tu ada je org jual. seriusly beli kat bawah ye jgn beli kat atas. aku tak ingat dah harga nya tapi memang macam 1-2x ganda mahal. kalau ada anak2 kecik tu mmg better pakai mask la + ada spek mata lagi bagus.

sampai pun kita kat pintu gerbang Kawah Putih.
Bas tak boleh naik atas ni tau. kereta mpv, sedan mcm tu je dibenarkan naik atas ni. so klo yg dtg naik bas tu, kena parking kat area pintu gerbang ni, pastu naik kenderaan khas utk bawa naik atas. beli tiket siap2 dari bawah ye. kat sini pun ada kaunter tiket juga. kat area sini pun ada kedai2 makan & kedai2 cenderahati kalau nak singgah beli, tapi kami tak ada pun singgah sini.

sebelum ke arah kawah putih ada pulak mascot2 ni..  adaniy penakut mascot jadi mmg tak la dia nak bergambar sekali.
pagi2 lagi pun dh ramai org kat sini.
dr tempat parking, kena lalu tangga mcm ni nak turun ke kawah putih. sini tak ada org kacau berjualan ye. yg jual mask tadi pun kat area parking atas ni je. tu pun 1-2 org je jual. so harga mask dia mmg mhl dr kat bawah sana. aku dgn anak2 je pakai mask. pergi sini mmg better pakai kasut tertutup la. tapi sayang juga kasut lawa2, nnt kotor. kasut anak2 la yg paling kotor sekali. habis putih2 seluar dgn kasut diorg. bau sulfur ni kdg2 mmg kuat. klo sulfur ditiup angin, masuk mata pun pedih. so baik pakai spek mata g sini. sini sejuk tau. klo pnas tu angin sejuk jugak. maca naik cameron highland gitu.




lompat tinggi2. dia ni je pakai kasut xtertutup. tapi pakai stoking la. habis stoking dia kotor2.







Kat sini ada juga yg menyediakan khidmat photographer. so mana nak gambar yg lawa2 tu boleh la guna khidmat diorg. tapi aku tak ambik la. sebab rasa macam mahal. tapi dia ada port sendiri yg hanya guna khidmat ni je boleh ambil gambar kat port tu.

lama juga kami kat sini. dh puas jalan2, rasa angin sejuk sini , pastu kami pun terus kan perjalanan la. masa kami nak gerak tu dh dekat pukul 12 pun. perut pun dh lapar. kami terus kan perjalanan ke Glamping Rancabali Lakeside. tak jauh jgk dr Kawah putih dalam 30 minit je. walaupun tak jauh tapi sempat kiteorg tido. ngantok habis la sbb dr pukul 3 pg kan bgn.

tiket masuk Glamping ni pun kiteorg dh beli siap2 masa kat bawa tu. kat sini boleh tgk keindahan tasik & tarikan utama dia kapal kayu besar tu. kat salam kapal tu ada restoran. makan lauk2 & nasi.

nak pergi kat kapal tu mmg lalu ikut jambatan gantung ni.


kami makan tengah hari kat sini. 1st time try nasi uduk. nasi tu dibalut dalam daun apa tah. xingat dah. tapi nasinya mmg sedap. pastu aku ambil lauk ikan lele sambal rasanya. ada bnyk lauk2 yg kena juga la dgn tekak aku. lebih kurang macam masakan kat malaysia juga. masa sampai ni lauk2 mcm dh kurang, & dalam restoran penuh org tau. nasib kiteorg dapat tempat duduk kt bahagian luar. kena panas sikit la. sebab open kan xde bumbung.


lepastu kita cuci mata tengok pemandangan menarik dr atas kapal ni. ada banyak tarikan kt bawah2 tu, tp kiteorg xjln pun ke tempat2 lain.. xlalu nak bawa anak turun naik bukit jauh2.. kg xpasal kami kena dukung diorg pulak.



boleh naik bot keliling tasik

kalau nak tido kat sini pun boleh.







Lepas dh puas posing2 kat sini, kami pun terus kan perjalanan. kat area sini boleh pergi ladang strawberry & ladang teh. tapi ni kami tak pergi sbb dah penat sgt. masa nak gerak dr Glamping ni, aku nampak dr jauh ada monument bola besar warna oren. teringin pulak nak singgah situ. rupanya situ nama nya Teras Bintang. sebab kat situ ada pelantar kayu bentuk bintang. menarik juga dr atas tu nampak seluruh puncak.  nak masuk sini pun kena bayar tau, tapi kiteorg beli tiket kat sini je. sebb tak beli pun awal2 dr bwh tu.

ni la pelantar Teras Bintang tu

yg Oren tu la aku nampak dr Glamping kt bawah tu.

kt belakang tu adalah tasik kat Glamping tadi. boleh nmpk glamping kt belakang tu juga.


nampak ladang teh dr atas ni.. mmg keliling nya ladang teh pun.





sini memang khas utk tgk pemandagan dr atas puncak jela. lepastu jln turun mmg lalu tepi2 kebun teh je. kiri kanan ladang teh org. nak berhenti pun boleh ambil gambar. tapi aku xlarat dah. 



perjalanan nak balik ke bandar semula. kami rancang nak ke Cidabuyut . tempat nak cari barang kulit yg murah. kat sini mcm area jalan tar / chow kit road kat malaysia. kiri kanak penuh kedai barang kulit. kiteorg berhenti kat 1 mall. dalam mall ni mmg barang barang kulit la. tapi nak lagi best jalan2 la kt kedai2 luar tu. mst banyak lagi yg menarik. aku bdn dh belengas mmg x la nak jln kt luar. aku jln dalam mall tu je.


kat sini la aku shopping. nama nya pasar cidabuyut

kt dalam ni ada banyak kedai jual kasut, baju, handband, kedai makan pun ada. kena pandai cari barang2 yg kena dgn harga & kualiti nya. yg betol2 solid kulit mmg murah la dr kat tempat lain. laki aku beli beg sling kulit. pastu Adaniy beli kasut but kulit. arsya beli kasut biasa2 je. harga pun murah kan.. aku xbeli apa2 pun. sbb mood tak ada masa ni. lgpun macam pattern org tua2 je kasut nya. jaket2 kulit pun ada. tapi kiteorg tak beli pun. handband perempuan pun bnyak yg cantik2. tapi sekitar bandung bnyk lagi kedai handbag lagi2 kat area premium outlet tu.

ada juga aku beli baju tido utk budak2 ni. skli dgn 2 pasang baju anak buah aku. murah2 je tapi xingat berapa harga nya.

lepas bayar terus diorg pakai kasut yg di beli tu. ni sementara tunggu abi dia pilih beg kulit.


lepas tu lepas mgrib gitu kiteorg terus balik ke hotel. dr cidabuyut ke hotel pun xla jauh sgt. jalan pun xjem.

kami menginap 4 hari 3 malam kat hotel Cemerlang.

bilik bersih & besar. kita bagi 4 bintang


masa kami nk check in ada penuh parking sbb ada org event org kahwin kat sini. bising jgk la mlm tu sbb bilik kami berdepan dgn hall org kahwin ni. klo bukak pintu mmg bising dah dr luar. klo tutup ok je. wifi dlm bilik ni pun ok je. laju jgk.  bilik kami bawah sekali. belakang lobby tu je. xdela nak mengheret beg jauh2, tapi mmg dr tingkap bilik tu x nampak apa la. nampak dinding je..


Bilik dia simple2 je. tapi luas, wifi ok, toilet luas & bersih. tapi tak ada almari baju yg besar sikit. almari baju dia belakang cermin tu je.

masuk bilik mmg letak beg, pastu siap2 kan anak2 nak mandi semua. semua bersih kan diri. pastu tgk tv kejap then tido. oo lupa pulak. malam tu asben keluar sorang jalan kaki je g speedmart beli jajan2 & susu kotak utk adaniy.  dr hotel tu dekat je jalan kaki 5 minit je dalam speedmart dah. sebaris je dengan hotel kiteorg.


Summary Total perbelanjaan 1st day:

 360 ribu Kawah putih & Glamping Rancabali (utk 2 dewasa)
21 ribu jajan (air & roti)
15 ribu mask kat kawah putih (utk 3 org)
4 ribu toilet (utk 2 org)
50 ribu kerepak2
20 ribu ice blanded
125 ribu makan lunch di Glamping (utk 2 dewasa & 2 kanak)
132 ribu Jajan (beli kat speedmart area hotel)
40 ribu teras bintang (utk 2 dewasa)

Shopping
95 ribu baju 4pasang baju anak
465 ribu beg kulit
215 ribu 2 pasang kasut anak
50 ribu patung mainan gajah

Total 1 juta 592 ribu = RM560

ni sebab ada shopping ye. kalau tak shopping mmg boleh bajet2 la ye. currency ni 1 juta rupiah = rm284. so ambik no je pastu bahagi 2.84 utk tukar RM.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments