Abah Pesakit Buah Pinggang

By Farhana IezAna - 9:38 AM

Assalamualikum...


lama aku peram entry ni. tak tahu nak start macam mana.
Abah aki disahkan pesakit buah pinggang tahap akhir pada hujung bulan 10 tahun lepas. sejak tu 3-4 memamg seminggu tu banyak kali kami ulang alik hospital dengan macam2 hal. dan abah pun lebih 5x kena tahan kat wad. paling sekejap abah dok wad kurang dari seminggu.

Sejak abah aku sakit dan masa awal2 tu memang kebanyakkan nya aku yang urus kan, so banyak perkara baru yang aku tahu dan belajar dari segi nak handle pesakit buah pinggang, apa yang nak kena buat bila jadi sesuatu situasi., apa perubahan pesakit buah pinggang yang biasa dan korang tak perlu nak risau sangat. since this first time, of course family akan risau sangat bila macam2 perubahan jadi kat pesakit buah pinggang.

yang paling menjadi kerisauan mesti la kewangan kan. pesakit buah pinggang tahap akhir ni, sama ada kena tukar buah pinggang baru dari penderma organ/family sendiri, diorg pun kena buat dialisis dengan 2 kaedah. secara detail nya aku cita entry lain ye. harap2 aku istiqomah la nak wt entry detail berkenaan pesakit buah pinggang ni. tak banyak gambar tapi aku try share apa yang boleh nanti.

berbalik kepada abah aku, sebenarnya pada tahun 2010 lagi abah aku pernah berulang alik Hospital Universiti PJ berkenaan masalah dia. dia pernah buat pembedahan kecil untuk ambil sampel cecair dari buah pinggang dia. tapi selepas tu dia hanya berulang alik hospital beberapa tahun untuk check up dan ambil ubat je. mungkin juga abah aku ni ada sorok something yang dia rasa ala tak serius pun. so dia pun tak berapa ambil peduli. salah kami juga tak tanya n peduli sgt rutin abah yang check up hospital selalu tu. since abah pun memang pergi hospital sendiri je selalu.
dulu abah aku pernah sakit darah tinggi. sejak dah lama tak checkup kt hospital universiti dah, abah aku hanya check up kt klinik kesihatan kelana jaya saja.

hujung bulan 10 tu dia ada check up kat klinik kesihatan kelana jaya then doc bagi surat suruh refer hospital since abah hilang selera makan, pagi2 selalu nak muntah. hari khamis 20hb abah aku pergi HKL utk check up then dia kena ambil darah. doc suruh datang semula esok nya 21hb untuk bagi tahu result. sebenarnya abah aku ni tak nak pun pergi HKL tapi aku paksa, tu pun dia nak pergi sendiri2 je. 21hb tu nak ambil result pun abah degil n pergi sendiri juga.

tengah hari aku tengah kerja, mak tefon bagitahu abah kena tahan kat wad. mungkin sakit dia teruk. mak minta aku balik n tengok abah kt HKL. aku pun half day dan terus pergi hospital. barang2 abah semua adik2 aku bawa sebab diorg pun on the way pergi hospital juga.
aku sampai hospital dulu sebab adik2 aku ada xciden sikit masa OTW g hospital tu. aku mls nak cite sini. tp semua dah dh settel.

sampai hospital aku terus g wad abah, abah tengah tunggu doc panggil dia utk nak tebuk kt leher dia. masa doc panggil di tu, doc sempat inform aku psl keadaan abah. abah aku buah pinggang dia mmg dh rosak tahap last. jadi dia mmg kena buat dialisis/ tukar buah pinggang.

lama dah aku karang untuk post ni. Insya Allah nanti aku cite lebih lanjut pasal orang sakit buah pinggang ni ye. mungkin hanya yang mengalami ny saja akan baca post tu. tp mmg akan bermanfaat. aku dulu mcm pening juga nak dapat kan maklumat utk settelkan hal orang sakit buah pinggang ni. macam2 aku urus kan dari hal hospital, keputusan nak buat cuci air. darah, perkeso, tempat dialisis, dan macam2 lagi temasuk makan2 kesihatan dia.

Doakan kesihatan abah dan doakan aku boleh share sini sebanyak mana yang aku tahu ye. moga2 dapat membantu orang lain yg sama situasi dengan aku dan abah.

Beberapa jam lepas abah kena tebuk kt leher masa first2 dulu.

Bawak anak2 tengok atuk. Adaniy rindu atuk dia, beberapa hari xjumpa tu psl tengok muka atuk je.

Sian abah aku.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments