Pilihan Dialisis

By Farhana IezAna - 2:48 PM

Assalamualikum...

Kali ni nak share pasal abah aku lagi.
aku nak cite pasal main thing yang kena pikir bila dah nak kena start dialisis.

secara jujurnya, selama ni aku tahu pasal dialisis cuci darah/hemodialisis
 tu je. yang pakai mesin besar macam almari tu kan. pastu nampk tiub menjalar2 kt pesakit.
rupa2nya ada 1 lagi jenis dialisis, iaitu dialisis air/ nama lain nya peritoneal dialisis.
Kedua-dua cara ni ada pro & con dia tau. means bukan senang dan bukan susah jugak. cos pun sangat2 penting.

sebenarnya aku xnak cite detail pasal 2 jenis dialisis ni. cukup la korang tahu ada 2 cara yg korang boleh pilih. selebihnya aku cite hal berkenan abah aku.
mula2 lai doc dah inform pasal ni, dan abah aku pada mulanya pilih nak buat dialisis air. dengan alasan sebab korang boleh buat sendiri je kt umah. tak perlu mesin besar gajah tu. kami siap daftar abah utk dengar taklimat untuk proceed buat dialisis air ni. kalau kt hospital dia dibawah unit CAPD/APD. jangan tanya aku apa full name nya sbb aku xingat dah. mmg tak hadam pun dalam kepala aku ni. lepas kami tengok org buat dialisis air ni, kami dah berkira2 balik. betol2 ke nak buat dialisis air ni. cost nya kurang sikit dari buat dialisis darah tp pesakit dan org sekeliling kena betol2 disiplin dan waktu, dan amat2 penting adalah kebersihan. bukan kebersihan pesakit tu sendiri je. tapi KESELURUHAN yg bersama, dekat, tempat berkenan pesakit. kalau boleh pesakit kena ada bilik sendiri kt rumah/tanpa org luar masuk. bilik tu kena bebas segala fabric. yg ada hanya kerusi, dgn alat2 dialisis air tu je. 

rumah mak abah aku tu mmg penuh dengan barang. yela kan dok umah flat je. jadi keputusan nak cuci air kt umah tu macam tak boleh je.1 lagi cuci air ni, setiap 5 jam mmg kena buat la. so seharitu dalam 4x cmtu kena cuci. tempoh cuci dalam 30minit je. nampak cm senang kan tapi ada risiko juga. korang tak boleh lambat cuci means tak boleh lebih dari 5 jam. nanti air yg masuk tu akan serap g anggota badan lain. then tiub yang ada kt perut tu, senang kena jangkitan kuman klo korang tak jaga betol2. kalau nak keluar jalan/travel lama tu means lebih dr 5 jam, memang korang kena la hangkut sekali barang2 nak cuci air dia tu.. dan area sementara nak wt cuci air tu mesti bersih ye.
Rasa2 gigih tak nak disiplin cmni???? kalau korang mmg pembersih giler, boleh la cuci air je kt rumah. jimat minyak kan tak payah g pusat dialisis.


Ni contoh gambar orang buat cuci air.
Kalau la korang pilih dialisis air ni kan, masa korang dgr taklimat tu, ada nurse yg akan entertain korang. dia akan bagitahu apa yg korang patut tahu. nama nak beli barang2 ni semua kan, nnti diorg akan bga quotation kat korang ikut korang nk order air tu dr supplier mana. kadang 1 hospital ada beberapa supplier. nnati supplier akan hantar stok air tu untuk sebulan punya.
Apa2 yang korang tak faham boleh tanya je kt nurse tu/ pergi bahagia CAD/APD kt hospital. 

then after korang dah dengar taklimat ni, nanti diorg buat appointment untuk tengok perut sebelum proceed nak masukkan tiub dalam perut. kalao tak ada problem boleh la proceed kan. kalau tak ok, means kena cuci darah la nampak nya.

Sebenarnya aku tak gigih naik wt entry panjang2. entry ni pun tah bpe hari aku taip tak habis2..hahaha
esok2 aku share pulak pasal dialisis darah ye..

  • Share:

You Might Also Like

0 comments