Holiday

Holiday: Bercuti di Johor Bahru (Part 3)

5:13 PM

Assalamualaikum...


Ni sambungan dari Part 2 last entry yg lepas. sapa belum baca boleh la baca ye entry2 yang lepas.
Haritu aku cite pasal kisah hari kedua siang kitaorg pergi Hello Kitty Town. seharian jalan2 kt dalam hello kitty tu kami tak makan berat2 tau. ada la makan snack/ yg simple2 je kt cafe dalam tu.

keluar dari Hello Kitty tu dah petang2 dalam kol 6 kot, kami jalan2 kt kawasan sekitar sampai la ke Lego Land. ada hati tu nak tambah 1 hari lagi cuti untuk masuk Lego Land pulak. tp memandangkan anak2 masih kecil pastu rasa mcm tak berbaloi la nk masuk Lego Land time sekarang. Next kita g JB lagi masa anak2 dh besar sikit ye. baru puas dapat main semua kan.

Sambil2 ronda2 menghabis kan minyak kt situ, aku ada la tanya kawan2 yang dok JB pasal tempat makan menarik kan kt Jb ni. So kami decide nak makan western utk malam tu. Kami terus GPS pergi BIGFOOD Western Food.

Alamat: Jalan Nong Chik Heights, Taman Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Dekat2 je dengan Stadium JDT yang baru dengan Dataran Bandaraya JB.


View dari Jalan Nong Chik.
Amaran!!
Portion meal dia besar tau. so kalau rasa tak mampu nak habiskan better kongsi2 ye. utk elakkan pembaziran..hihihi 

Deco dalam dan luar restoran cantik. kalau makan kt ground floor tu ada space kecik indoor playground utk anak2 kecil.so kita boleh makan dengan tenteram nya. Kalau kt atas, ada open air space utk yang nak merokok ke kan.

Menu kat sini jangan cakap la, ada banyak menu and pastinya sedap2 tau. confirm tak nyesal.sorry tak ada gmabr makanan sebab kena makan cepat2 sebelum anak2 bangun

Lepas makan, hari pun dah nak malam. kami pun terus balik hotel, untuk rehat,yela kan dah seharian jalan. penat oi..


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE