Jalan-Jalan di Kuala Lumpur Tower

By Farhana IezAna - 4:03 PM

Assalamualikum..

Entry jalan2 bandar tak habis lagi. kalau korang ada baca entry lepas, aku ada cakap lepas balik dari Kuala Selangor, kami terus turun KL. ni jalan2 yang tak dirancang ye. kami gerak dari Kuala Selangor dalam pukul 12-1 gitu. lalu Ijok lepastu terus masuk Highway Latar. kalau tak pergi KL pun, kiteorg selalu guna highway ni juga utk balik Sunway.

Alang2 dah masuk highway Latar ni, En Suami pun dh terlajak sampai ke Kepong, Jadi last minit kami pun saja la nak jalan2 kat KL. Alah selalu sangat la aku ni turun KL. tp korang jangan tak caya, seumur hidup aku belum pernah lagi sampai KL Tower tau. Bila kita cakap kt asben, dia gelak kan kita pulak. yela mak pak kita dulu bukan la kaki jalan sgt. masuk Kl pun sebab g Jalan Tar/ PUDU naik bas balik kampung masa kecil2 dulu.

dalam pukul 3 kalau tak salah aku dah sampai KL Tower ni. KL tower ni terletak kt atas Nukit Nenas tau. korang waze je KL Tower for sure jumpa punya. tak jauh pun dari PUDU, Jalan Tar, Jln P.Ramlee tu. Di sebabkan tower ni kt atas bukit, jadi sapa gagah boleh la nak park keta kt bawah pastu naik atas sendiri. tp aku dengan anak 2 ni mmg idok la kan. naik keta kt atas ni ada mcam tol juga tau. kena mabik tiket parking, byr ikut time juga. tak ingat rate berapa. tapi tak ada la mahal pun. bawah rm10 je.

Parking kt atas tu kt banyak mana. nasib baik masa aku pergi ni, tak ramai orang sangat. pusing2-3 round kot baru dapat parking.

Selfie berlatar belakang kan KL Tower



nak tahu apa yang menarik kt KL tower ni??
ada banyak attaction tau even tak naik tower pun.

Tower Experiece:

JELUTONG TREE

Tower Attraction:


kalau korang klik setaip 1 tempat kt atas ni, di akan terus pergi ke link web KL Tower. kt sana ada Online ticketing pakej2 yang korang boleh pilih kalau berminat nak masuk mana2 tempat yang menarik tu.
macam aku, aku ambil pakej ni:

 COMBO A

OBSERVATION DECK

 + MUZIUM TELEKOM 
OR
F1 SIMULATOR 
OR
BLUE CORAL AQUARIUM

Pakej ni aku dapat naik kt observation deck dengan aku pilih nak masuk blue coral. Harga untuk pakej ni Dewasa RM33, Kanak-kanak RM23 bagi pemagang MYkad/Mykid. lain2 pakej korang boleh la klik mana2 tempat attaction kt atas tu.
aku beli tiket masa kt sana. korang kena naik atas utk beli tiket. tak ingat tingkat berapa tapi korang naik je escalator tu 1 floor. takpun korang tengok jela signboard / tanya org ye..hihi

Ini Mini Zoo kat tepi pintu nak naik pergi tower/ tiket kaunter.



Mini Zoo ni kalau korang tak masuk dalam pun, ni boleh tengok dari luar ni je. aku nampk dia mcm panjang tepi lereng bukit ni. dari atas sampai ke bawah. tapi bawah2 tu aku xtau la ada binatang apa lagi kan. yang dari tepi jalan ni aku nampak, rabbit, ikan, burung dan macam2 lagi. ni aku tengok sambil lalu je masa on the way ni g beli tiket kt atas.
Lepas dah beli tiket, mula2 aku g Blue Coral dulu. kena turun balik ground floor yang mula2 sampai tu. kira nya sama florr dengan mini zoo tadi. tapi blue coral betol2 mengadap escalator/ tangga naik tower tadi. aku mula2 terpusing2 juga tak tahu yang mana la blue coral ni.ingat kan kt bawah lagi.
kat dalam Blue Coral Aquarium ni harus la ada ikan2 yg korang boleh tengok. dalam ni tak besar mana la macam Aquaria KLCC tu. kecil je kt dalam ni. aquarium nya pun tak banyak.Korang tengok gambar jela ye..hihi









Entry kali ni hakak kasi semua gambar besar2 supaya korang dapat la tengok gambar ikan2 dengan menatang yang akak tunjuk ni. kalau kecik kang terkial2 korang nak tengok apa la akak ni ambk gambar kan. hahaha
lepas dah pusing2 dalam ni tah bape kali aku ulang alik dalam ni. katanya tak besar sangat kan. klo anak ko lari sana sini pun, korang still boleh nampak lagi, tapi jalan biarkan jauh sangat la, kang dia nyelit2 sampai keluar pulak, jalan masuk dan jalan keluar 1 je. agak kecik kt dalam ni pun.
lepas tu kitaorg keluar, dan naik balik kt tempat kaunter tiket mula2 tadi sebab nya nak kena beratur utk naik Observation Deck pulak.
haritu kena barisan beratur agak panjang. tapi kan kami dapat fast lane sebab ada anak kecil. ada pekerja, panggil kami beratur kt pintu lain untuk past lain. actually dia ada banyak pintu dan lift untuk deck/level tertentu. pintu barisan pun ada banyak ikut la korang ni VIP ke apa ke kan.
Meh layan gambar pemandangan dari Observation Deck ni.view ni dari 276m dari paras ground level tau. tak ingat ni tinggat berapa.





kt Observation Deck ni, ada banyak teropong free korang boleh zoom nk tengok pemandangan. ada juga banyak kedai souvenir yang korang boleh beli kt sini, tapi aku rasa macam mahal je. ada kedai makan ringan juga. keluar2 je lift, ada orang akan ambil gambar korang, kot2 nak gambar berlatar belakangkan KL Tower ke kan.Nanti boleh tengok kt Pintu xit utk lift turun. 
Review aku. sebenarnya harga tiket RM33 tu macam mahal la. tapi sesekali nak rasa naik atasni tak apa la kan. 2x mmg tak la nak naik sini dah. tapi lain kali teringin pulak nak naik atas ni try dinner kat Atmosphere 360. Restoran ni dia pusing 360 darjah tau. kot2 En Suami nak belanja kita ke nanti. hihi.

Last picture. gambar gedik kami laki bini. hihi

  • Share:

You Might Also Like

0 comments