2nd Checkup @ KKIA Puchong

By Farhana IezAna - 7:00 AM

Assalamualaikum kawan2 semue...

Kite cite sikit pasal 2nd checkup aku ye..yg nie ada suspen sikit..sikit jela..jadi teruskan membaca..hihihi...



Entry nie xde gambr tau jadi agak bosan sikit la kena baca aku membebel2 kt sini..2nd chechkup aku sebulan selepas 1st checkup..selalunya mmg sebulan sekali la g checkup ni..kecuali kalau korg ada problem baru nurse KKIA akn suruh datang 2 minggu sekali mase awl2 prengnant ni..

2nd checkup nie sebenarnya aku xde prob sgt la..aku dtg pgi macam biasa follow date n time appoinment yg ditetapkan..flow utk 2nd checkup ni cpt sikit berbanding masa 1st checkup dl..mgkin sbb aku xjumpa doc lg dh utk 2nd checkup ni..macam biasa bile dh kasi buku pink kt kaunter daftar, nnt nurse kt kaunter dftr tu akan panggil nama korg, then diorg akn bg kedua2 buku pink korg balik, bekas utk ujian air kencing dan kalau korg kne minum air gule, kt kaunter dftr nie la nurse tu akn bgtau apa yg korg kne check utk haritu..klo xde masalah, flow checkup mcm biasa jela..lps dpt buku pink dgn bekas air kencing tu. tentu2 kne kencing dl kn dan pas sample air kencing tu kt makmal, then ambk ujian darah sikit ( ala cucuk kt jari tu je utk check HB)..nanti aku bgtau apa itu HB ye..lps dh ambk darah baru laaku jumpa nurse yg incharge aku selalu tu kt dlm bilik pintu kuning mcm biasa..letak buku pink dlm bakul utk zon A mcm biasa, nnt nurse collect buku pink tu pastu baru nurse akan panggil kite kalau diorg xde patient lain..


Bile aku jumpa je nurse Lily yg incharge aku tu die tgk data dlm buku pink hasil keputusan sample air kencing dgn darah td..ada yg xbest psl hasil ujian darah aku..sebab nya paras HB aku turun dari 1st checkup dl..masa 1st checkup dl HB aku 11.9 tp utk 2nd checkup nie turun jadi 11 je..

Meh sini aku cite sikit apa itu HB ye..


Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.
Contoh Bacaan HB Normal

Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?
  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan
Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan

Apakah Langkah yg Perlu Diambil untuk Mengembalikan Bacaan HB yg Normal?

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:

  • kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
  • madu (yg asli)
  • hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
  • kerang
  • sayur bayam
  • ikan bilis
  • daging


So tak payah la aku nk terangkan lagi betapa pentingnya utk aku jaga paras HB aku supaya normal balik kn.nak kata aku risau tu adala risau sikit kn kalau2 paras HB aku turun lagi masa checkup akan dtg.. jd aku berusaha la nk kasi naikkn HB aku balik..tp sbnrnya aku xwt pape sgt pn..just mkn mcm biasa tp kdg2 mkn la apa2 yg ptt dimkn utk naikkn HB balik kn..

Lps nurse dh inform suruh aku naik kn HB aku balik, die bg obimin mcm biasa..lps tu aku dh boleh blk umah..hoyey..syukur xde problem sgt..eh lupe nk ckp utk 2nd checkup nie aku naik berat dpt xsmapi 1kg pn..kuang..kuang..kuang...tp ok la dri xnaik lgsungkan..mgkin sbb mse 2nd checkup nie aku still mabuk lagi sikit2 kot...

Pasal HB td, korg rasa HB aku naik ke x masa checkup bulan seterusnya????teka jgn xteka...

jawapannya nnt aku bgtau kt entry checkup yg lain ye..

Bye2...

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. nice entry lah iezana, HB saila since 1st check up sampai 3rd check up menurun tp masih dlm kategori normal..tp xsyok lah kan..jenis makanan yg iezana tulis tu mmg betul..saila amalkan, cuma lately dah kurang ambil, maybe sbb tu HB saila menurun :(

    take care ye dear :)

    ReplyDelete