Holiday: Company Trip ke Bali (Part 3)

By Farhana IezAna - 11:22 AM

Assalamualikum...

Harini sambungan entry Trip to bali part 3 pulak. sapa belum baca part 1 dgn 2 boleh la usya2 balik ye post2 aku yang lepas.
part 3 ni kita nak cita untuk hari kedua pulak. (oh baru hari kedua. bertabah la banyak lagi nak share)..

untuk hari kedua itinerary kita:
Day 2 UBUD TOUR - KINTAMANI VOLCANO - TAMPAK SIRING TEMPLE - ELEPANT CAVE - SHOPPING POLO T-SHIRT

Breakfast : HOTEL BREAKFAST
Lunch : BUFFET @ THE AMORA RESTAURANT
Dinner : BUFFET @ THE NEST HOTEL

*****Sebelum tu kan nak bagitahu. Entry ni banyak gambar dan entry yg agak panjang. hope u guys enjoy. i try to share sebanyak mana yang boleh!!


Perjalana harini agak jauh sikit, kita g ketengah sikit bahagian Bali. sebenarnya xjauh pun, tapi sebab keadaan jalan yg kecil, jalan jem dan macam2 lagi. so setiap point tu ambik masa lebih 40 minit juga la nak sampai nya.

seperti yang dijanji kan pukul 8 patut nya semua dah kat bus. tapi ada yg lambat, so kiteorg gerak pun dah kol8.30 gitu. first kiteorang g butik Ralph Lauren untuk shopping POLO T-Shirt. aku rasa tak ada sapa pun beli kt sini. sebab harga kt Malaysia lagi murah..hahah semua cuci2 mata je. pastu keluar masuk bus balik.

lepas tu kami gerak g tempat jual barang cenderahati. sorry tak tahu apa nama tempatnya tapi kt UBUD la. aku beli baju arysa 1 dgn seliper aku 1. seliper ni wt gune time activiti air esok harinya. tapi kan menyesal beli kat sini sebab mahal. haha konon2 xjumpa la barang gini kt tempat lain, tapi berlambat tempat lain yg ada lebih murah dan kualiti pun ok juga la. tapi jangan la korang beli kt tepi2 jalan yg xada kedai tu. harga mmg murah tapi kuali tak baik, lagi2 klo korang beli baju.

Luar souvenir shop yg first2 aku pergi.
kat dalam tak boleh ambik gambar, jadi kita ambik gambar kt luar jela kan..
Lepas tu kitaorang terus gerak g Tampak Siring Temple. ini kira temple suci bagi orang hindu Bali la sebab ada Holy Water kt dalam tu. on the way nak g sini, aku sempat ambik beberapa gambar sekitar perjalanan.

jalan sempit, but stop pun comey je.

jalan jem banyak trafic light kt town. scary tgk org naik ,moto kt jalan utama sini. sebab jalan sempit.

Setiap rumah/ kedai mesti ada rumah sembahyang/ tempat letak atuk nenek diorg. kadang2 nampak rumah sembahyang tu lagi besar dari rumah diorg sendiri

salah 1 monument kt Bali

Salah 1 souvenir shop yang ada kt bali

banyak pump station ni kt Bali, situ pun ada mart dgn ATM machine

Antara souvenir shop yang famous dan murah. wajib g sini tau
sampai2 kat holy water temple tadi, kami tunggu pak supir kami nama dia Pak Wira untuk beli tiket masuk temple ni. semua temple memang kena beli tiket dalam 15ribu rupiah seorng dewasa. tapi kiteorg tak kuar duit dh tau sebab dh termasuk dalam harga pakej tu. semua tiket2 pak wira yang akan beli kan. so ter perlu la nak kena beratur panjang ramai2 1 bus kt situ.

lepas dapat tiket je kami kena pakai sarung. semua temple pun kena pakai sarung yang dh disediakan. setiap temple ada peraturan tertentu dia. macam holy water ni kalau perempuan takboleh lepas rambut, kena ikat rambut, pastu kalau tengah period pun tak boleh masuk juga.

mls cite banyah meh tengok gambar kt bawah..


OTW nak masuk Holy Water Temple

Ni belum lagi pakai sarung. 

temple pertama korang jumpa sebelum masuk Holy Water Temple

Ini pintu masuk nak g fish pond. next picture aku tunjuk gambar fish pond nya

Picture beramai2 kt temple pertama tadi

ini tempat nak ambik kain sarung sebelum kita masuk Holy Water Temple. start dr gate ni kena ikut peraturan dia la, yg macam org period tak boleh masuk semua tu


tengok semua dh berkain sarung. 

kt atas tu rumah bekas Presiden Indonesia. lupa dah nama dia. haha

Masa ni memang hari untuk penganut Buddha Bali ni bermandi2 kt sini.

ni starting dia. sini ramai giler orang sebab kena mandi 1-1 setiap pancuran tu. tak boleh skip2 terus sampai hujung. aku xkira pulak berapa banyak pancuran yang ada. 
 Rombongan aku memang tak ada sapa la nak turun mandi kt sini. air dia hitam. haha aku geli sikit la mula2 nya. tapi lepastu baru aku tahu kenapa air dia hitam. sebab dia air dr lava gunung berapi. nanti kt gambar bawah ada kolam air lava tu.

Ini signborad utk rule masuk dalam temple ni.

Ini dah masuk temple lepas holy water tu. kt sini la ada kolam air sumber ke holy water tu.

ha ni la kolam air dr gunung berapi tadi. dia kalur buble2 tau. sini air panas. bila turun kt holy water yang ramai2 mandi tadi, tak ada la panas

Si Jantung Hati dgn sarung nya. hihi gambar kena paksa ni.

yg ni minah senget. hahaha

Patung2 yang ada dalam temple ni.

Yang ni patung berunsur kan alat kelamin lelaki. (faham2 jela). sebab tu sini banyak cenderahari bentuk tut. salah 1 kebanggaan org Bali.

rumah bekas presiden. aku rasa rumah dia mesti besar. sebab sambung menyambung. ada jambatan lagi tau.

ha ni la fish pond tadi. besar2 oii ikan dia.

Boleh bagi ikan2 makan. mana tak besar nya, asl orang bagi makan je, semua kerumun.

dalam ni kan selain kita melawan tengok temple2 diaorang. tapi bila korang ada tour guide. better korang tanya pasal temple tu dan pantung2 dia juga la. sebab dia ada history yang menarik juga.
macam yang kami perasan, banyak patung2 menyerupai ibu yang meyusu kan anak (breastfeed). sorry aku tak ada gambar patung nya. tapi memang banyak la.

bila kita tanya pada Pak Wira, dia bagitahu. ikut agama dia, dulu memang diwajib kan kaum2 ibu ni untuk breastfeed anak diorang tau. sekali pun dh kira ok la. jangan tak bagi breastfeed langsung. dan ada hukuman tau untuk ibu2 yang tak breastfeed anak. dia mcm breast tu kena gigit dengan binatang gitu. ( patung yang breast kena gigit binatang pun ada).

So kiranya orang2 Bali ni memang mengutamakan penyusuan susu ibu ni la.. sebenarnya kalo korang zoom2 gambar patung2 tu, mesti akan jumpa pantung yang tengah breastfeed.

entry ni dh cukup panjang kot kan. aku sambung kt entry lain pulak ye.
kang berpinar mata korang baca entry panjang2 ni.. hahaha

  • Share:

You Might Also Like

0 comments