Holiday: Company Trip ke Bali (Part 5)

By Farhana IezAna - 10:19 AM

Assalamualikum..

Harini masuk dah entry untuk hari ke 3 trip kami ke Bali.
Untuk hari ke3 ni kita banyak aktiviti air. selalu dengar org cakap kalau pergi balik mesti kena tengok keindahan pantai dia dgn jangan miss untuk mandi/ buat water sport kt sini.

Kita feedback balik itinerary untuk hari ke3;
Day 3 TANJUNG BENOA WATER SPORT - GLASS BOTTOM BOAT + TURTLE ISLAND - WATER BLOW - COFFEE FACTORY - ULUWATU TEMPLE - PANDAWA BEACH

Untuk hari ke3 ni trip bermula lambat sikit dari semalam. harini kami patut berkumpul dalam bus pada pukul 8.30 pagi. tapi macam biasa la kol 9 baru semua ada.
semua dh siap2 breakfast kat hotel. aktiviti pertama kita nak pergi Tanjung Benuo untuk water sport aktiviti dan sekali dengan pergi turtle island.

perjalanan ambil masa 40 minit juga. kita lalu highway kt bali. highway dia lain sikit, sebab atas air tau.

Panjang tau highway dia. ini kire shortcut la nak pergi Tanjung Benuo.

nampak banyak bot2 nelayan


Sampai Tanjung Benuo kami terus pergi naik Glass Bottom Boat untuk pergi Turtle Island. dalam pakej ni dah termasuk tiket untuk Glass Bottom Boat dgn Turtle Island. kalau korang datang sini, nak beli pakej ni kt sini terus pun boleh je. harga aku xsure berapa la tapi nanti aku cerita pasal harga2 ni ye.

ok berbalik pada cerita kami naik Boat tadi. boat dia boleh nampak dalam air sebab glass kan. glass nya kt tengah boat je tau. naik boat dalam 8 org kot 1 boat. so group kami pecah 4 biji boat.
boat berhenti kat tengah laut dalam beberapa meter je pun dari tepi pantai tu. untuk tengah kawasan ikan banyak. kt situ dia akan bagi roti untuk kita bagi makan ikan.

Boat yang kami naik

Sini banyak la ikan, tapi macam nemo tu sikit2 je. tak ada la ikan cantik2 pun. 
Dari dalam boat pun boleh tengok ikan tau. tak payah nak snorkling.


kita berhenti tengok ikan dalam 5 minit gitu je. pastu terus pergi ke turtle island. tak jauh sgt juga perjalanan nya tapi orang macam aku yg senang mabuk laut, memang dari sebelum naik boat lagi aku dh makan pil mabuk dulu..haha so selamat la mmg tak mabuk langsung hari tu. cuma time dh naik balik dr turtle islan tu aku ada rasa mabuk sikit. sib baik tak jauh dgt kan.

sampai turtle island kat sini pun ada 2-3 kedai cenderahati juga. aku ingat nk beli topi tapi asben tak bagi...haha sebenarnya topi aku tertinggal kt Malaysia sana, pakai kalau pergi pantai je. so sampai nak reput dah simpan dalam almari je.

Kat turtle island ni korang bukan saja dapat tengok turtle tau. ada binatang lain juga. dan korang boleh pegang juga bergambar dengan binatang2 kt sini. tak besar pun tempat ny.

Boat2 banyak kt tepi ni tunggu penumpang diorg kt turtle island ni.

Ini kandang turtle. sini korang boleh bergambar la kan. besar2 turtle dia. takut aku nak dekat. haha takut kena gigit kaki. ada rumbut2 untuk bagi dturtle ini makan.

En asben dengan kura-kura nya.

Masa kami sampai sini, mcm tak ada orang sgt. kiranya goup kami la yang paling ramai. tu yang boleh ambik gambar banyak2 tu. lepastu macam ada group dari china kot. so kami beralih g tempat lain pulak. ada 1 lagi bahagian turtle yang agak kecik sikit. cm baby turtle gitu.
kat sini korang boleh angkat untuk bergambar dgn turtle.
tapi aku takut..haha sebab berat pastu cm geli takut kena gigit juga..hahaha

Jadinya asben jela yang bergambar dgn turtle.
Nah gambar aku pegang sipi2 je..jadi la kan..hahaha
lepas tu nampak ada org pegang ular. aku kira org pertama la dlm group tu yang pegang ular ni..haha berlagak kan..
ini bukan la first time bagi aku pegang ular pun. tapi ni tak ramai orang so boleh la nak pegang ular lama2 pun.

Abaikan tuala tu sebab konon2 xnak kena matajhari.
Tak tahu kenapa asben ku tetiba nak pulak pegang ular. selalu ajak tak nak. so ini 1st time la dia letak ular kat badan dia.
ada sekorg lagi ular uamh agak besar sikit dari yang kitorg pegang ni, ingatkan naka bergambar berdua sampai pegang ular tapi tetibe ramai pulak group dr china tadi kerumun situ. so tinggal harapan jela.
kami terus pergi tengok binatang lain pulak. ada biawak komodo, burung hantu dan burung2 lain juga. semua aku tak ambil gambar dh sebab ramai orang.
kat turtle island ni panas tapi sapa yang lapar ke haus boleh la makan kt resotoran sini tapi tak tahu halal ke x la ye.kalau minum air kelapa tu ok la kan. sebiji air kepala dalam rm10. ingat nak la minum aor kelapa jap sementara tunggu yang lain. tapi asben tak nak.

so kita bergambar jela. semua dh berkumpul, kami naik boat yang sama untuk pergi balik kat pantai Tanjung Benuo. kt sana kami teruskan dengan water sport lain. macam parasailing, banana boat dan lain2.  group aku ada beberapa orang je nak main, so diorg tanya harga dgn best price yang diorg bagi. sini bagi aku harga nya mahal ok. baik g main kt PD ke mana2 pantai kt malaysia lagi best dan murah. mula2 macam tak ada sapa setuju dengan harga yang diorg bagi. lepastu macam dh ok pulak diorg bagi harga yang group aku nak. 

kenapa aku kata sini mahal sebab sini kira pakai dollar tau. so kalau korang covert ringgit/rupiah jadi mahal la. sementara tunggu group tadi main water sport. kami menikmati pemandangan sambil makan ais krim. harini tak dapat nak g spa/ hair treatment sebab harini hari cuti hari pekerja. so kedai tutup. kalau tak sure group perempuan dh g spa bagai kan.

water sport tadi bukan buat kt tepi pantai ni tau. diorang akan bawak pergi tengah laut, ada kawasan untuk main water sport. kenapa tak start dr tepi pantai je. sebab pantai dia pendek. tak ada ruang nak main.

Kawasan pantai dia dekat je dgn tempat duduk ni. so untuk safety tempat water sport tu jauh ke tengah laut sikit.



samapi sinipandai2 la koang survey pakej mana paling murah. aku memang tak survey pun sebab memang tak nak main kan. lagi pun group trip aku semua dok kat sini je. tak ada nak g tanya kt pakej2 orang lain nya.

View that day
Kami semua berkumpul kt bawah khemah ni la.
Dekat pukul 1 baru semua gerak dari sini. dh tengah hari kan semua lapar dah, so kite terus pergi tempat nak makan. lunch harini kami makan kt restoran ayam bertutu yang famous kat Bali ni. amaran ye ayam dia memang pedas tapi sedap. sapa tak nak pedas boleh request makan yang tak ada cili punya. aku makan yang tak pedas. asben aku makan yang pedas punya.


atas meja memang dah disediakan sayur ni dulu. kalau korang ingat kau makan hari pertama kt Jimbaran tu pun sayur cm ni la yang terhidang dulu.
sorry gambar ayam bertutu semua tak ada..haha sebab lapar sgt xdan nak ambk gambar.
lepas makan kiteorg saja jalan2 kt pasaraya giant. sebelah je dengan restoran ayam bertutu ni.kami beli jajan2 untuk kudapan. pastu tengok2 sini maggi cup murah wey. rm1 je 1 yg cup besar. ada yang beli banyak kt sini.

pastu kami terus kan perjalanan pergi kedai jual kopi. popular kt bali ni, kopi luwak tau. ini la port yang paling aku tak suka. hahaha aku sejenis orang yang akan pening, loya bila bau kopi. tetiba dpt pulak asben yg mmg suka giler minum kopi/nescafe, ambik ko. mula2 kawen dulu bila aku buat air dia je mst aku buat sambil tutup hidung tau. sekarang dh ok sikit, tp kalau yg bau kuat giler tu aku still tutup hidung juga la.

Luar kedai kopi yang kami pergi

Ini kawasan nak hancurkan kopi tadi jadi serbuk dan repack balik.
samapai2 kedai kopi ni, kita terus masuk 1 bilik untuk group besar macam kami ni. dalam bilik tu ada ada orang yang bagi penerangan dan disedikan secawan kopi seorang untuk rasa kopi yang ada. diorg bagi rasa 2 jenis kopi je. kopi jantan dengan kopi betina. kalau nak tahu apa beza nya kena lah pergi sini sendiri untuk rasa dan tengok perbezaan nya.

Bila masuk je bilik tu mmg dr start rasa pening pun. aku tutup hidung sepanjang kat dalam bilik ni.lepas diorg buat kopi je, aku dh rasa pening semacam. terus aku keluar dr bilik tu sorang2. ak tunggu kt luar je. hahah sambil tengok kedai cenderahati yang ada pintu masuk kedai ni.

aku tak beli apa pun kt sini. tapi lepas tu cm rasa menyesal tak beli cawan kopi yang menarik kt situ. haha asben aku beli 2 pack kopi jantan. 1 pack dalam rm70 gitu. tapi dia tak jual 1 pack tau. dia jual 5-6 pack sekali. so kitaorg kongsi2 la beli dgn orang lain. kopi nya belum lagi jadi serbuk. means mada beli tu dia biji. kalau korang nak serbuk terus kena la g port untuk hancurkan biji kopi tadi.

Lepas pegi kedai kopi ni, kitaoraang gerak ke Uluwatu Temple. sala h 1 temple paling famous kat Bali ni. sebab ny ada pemandangan cantik dan ada kecak dance kt sini. 

aku sambung pasal Uluwatu Temple dan beberapa lagi tempat untuk hari ke3 ni ye.. kalau tak memang panjang lebar la entry ni..hihi

  • Share:

You Might Also Like

0 comments