Holiday: Company Trip ke Bali (Part 4)

By Farhana IezAna - 2:54 PM

Assalamualikum...

Part 4 ni masih lagi pada hari kedua di Bali.
Entry lepas aku dh pergi Holy Water Temple. masa ni dh dekat pulak 1 ptg. semua dh lapar giler kan. aku sampai dah beli jajan2 bagai kt kedai2 luar Holy Water temple tu. Exit nak keluar Holy Water tadi kan ada banyak deretan kedai2 cenderahati. sini lagi murah ok. kalau nak beli, sila la beli kt sini. keychin2 tu boleh dapat sepeket rm1 je. diorg terima duit RM. sepeket tu ada banyak tau dalam dia.

sib baik duit kt asben time ni, sebab asben aku dh jalan depan jauh sambil borak2 dengan asben kawan office aku. so aku cuci mata sorang2 je time ni. kalau duit kt aku, confirm dh banyak aku borong kt sini.

lepas tu kami terus gerak pergi Kintamani untuk makan lunch kt sana sambil menikmati pemandangan gunung berapi yang cantik amat.






Ini antara gambar2 yang aku tangkap dr dalam bas masa on the way nak pergi Kintamani. bagus juga la naik bas ni, sebab tinggi so kita nampak banyak pemandangan yang sepatutnya tak nampak kalo kita jalan kaki/ naik kederaan kecil lain.

contohnya macam on the way nak pergi kintamani ni memang lalu banyak perkampungan tradisional Bali. lalu temple2 yang bukan populat tapi still menarik. lalu kedai2 yang menarik juga dari segi binaan dan barang2 yang diorang jual kt dalam. sebab apa aku kata naik bus je nampk??
sebab nya kebanyakan rumah/kedai kt Bali ni dia memang akan adapagar batuan yang tinggi tau. so hanya dgn naik bus je korang akan nampak dalam kawasan rumah/kedai diorg.

aku ada la terdetik nak ambik gambar2 yang aku nampak, tapi mungkin khusyuk tengok pemandangan sampai lupa dh nak ambik gambar. aku perasan setiap rumah kt Bali ni, mesti ada rumah nenek moyang dia. macam rumah letak abu mayat/ patung sembahyang gitu. tempat peringatan ni macam lagi besar tau space dia dr rumah diorg sendiri.
dan 1 lagi pintu masuk kawasan rumah diorg ni kebanyakan ny kecik je. macam muat2 orang lalu/ motor lalu. tak nampak kereta parking dalam rumah pun kecuali rumah orang kaya2/ kedai.

ok berbalik cite kat kintamani tadi. sampai2 kintamani dah dekat pukul 2 ptg cmtu. lapar amat kan. tapi ternampak kedai jual sim, kat sebelah restoran kiteorg nak makan tu. apa lagi ramai2 la serbu kedai tu. aku beli 1 sim je, masuk kt hp asben aku pakai. so nanti aku share je wifi dengan dia. harga sim nya rm30 lebih gitu la lps convert, tahan sebulan dengan limit 3GB kalau tak salah aku. lupa sudah. ok la ni, sebab kitorg hanya pakai data bila tak ada wifi je. means klo tempat2 ada wifi, kiteorg akan pakai wifi sana je.

Lupa nak ambil gambar depan restoran. restoran ni ada 3 level tau. level 1-2 untuk ruang makan. kami makan kt level 2 untuk buffet. kt sini concept open air. ada balcony untuk korang duduk2 sambil makan. memang best la dok sini makan walaupun makan nya tak berapa sedap. hahaha. (tekak aku kot tak berapa suke makan masakan sana).


Makan berlatar belakangkan gunung berapai Kintamani.
sini cuaca sejuk macam kt cameron. time ni macam nak hujan jadi mcm mendung2 sikit la.  kt sebelah gunung ni ada tasik datur. situ ada perkampungan dan tasik yang cantik. tasik tu hasil dr letusan gunung berapi. tapi kami tak ada la pergi sampai ke tasik tu pun.
bawah gunung berapi ni ada kesan2 perkampungan yang dah tak berpenghuni. kalau tak salah memang ada 1 kampung yang diorg buat macam musium untuk tengok kesan dr kena habuk dr gunung berapi.kampung tu pun kami tak pergi ye. sebab ada banyak tempat lain lagi nak pergi lepas2 ni. kt Kintamani ni kami hanya makan dan tengok pemandangan lepas tu kami pergi ke tempat lain lagi.

lepas makan kami ramai2 naik tingkat atas sekali rooftop untuk ambik gambar kt situ pulak. memang lagi jelas dan cantik la dr situ.

Ni la Datur Lake tu. jauh nun disana.

Sweet Couple. konon. hihi


Restoran tepi2 jalan mengadap gunung berapi ni.

Nak juga bergambar cmni..hihi


kt sini kan banyak orang jual2 baju/ barang cenderahati pakai pikul2 je. sini memang murah giler. tapi kan better jangan beli kat org2 ni sebab kualiti memang tak best.aku tak beli, tapi ramau yang beli mesti kecewa. 
lepas tu klo korang layan/ beli kt sorang. nanti ramai2 peniaga jalanan lain akan serbu korang juga. tapi beli la pisang ke buah2 sini. sedap buat kudapan makan ramai2. hihi

lepas tu kami gerak pergi Goa Gajah Temple pulak. dalam perjalanan ni aku halfway tido dah..haha ngantok amat + harus la tido kejap lepas makan kan..hihi perjalan dekat 1 jalan juga nak sampai Goa Gajah Temple. Aku bangun2 tengok dah sampai pun. 
sini pun banyak kedai cenderahati, harga pun sama juga murah, dan barang2 yang dijual pun sama je dengan kedai2 kat Holy water temple tadi. so kalo tak beli kt Holy water tu pun, boleh je jumpa kt sini juga.

nak ke kaunter tiker, kiri kanan banyak deret kedai.

Depan signboard Goa Gajah Temple

Harga tiket nak masuk. harga ni sama je dengan temple2 lain yg popular pelancong pergi.

Kat dalm pun banyak kedai juga. pandai2 la pilih ye..hihi 
Macam biasa Pak Wira yang beli kn semua tiket. korang boleh la cuci mata sambil2 tu kan.
lepas tu macam biasa sapa pakai skirt/ seluar pendek kena pakai sarung tau untuk masuk temple ni,
nak pergi ke temple ni, kena turun tangga dalam 50 step gitu. so sapa bawah stroller bagai tu memang tak payah la nak turun ye. orang2 tua pun kalu tak larat better jangan turun.
nak jalan turun ke temple tu kena turun tangga ni.


kat bawah nun sana la kawasan temple nya.

kalau perasan banyak batu2 tu bukan batu nisan ke apa ye. tu sebenarnya serpihan2 batu2 dr structure temple ni sendiri. dulu temple  ni dah tertimbun bawah tahan beratus tahun dulu sebab gunung berapi kot. so temple ni baru dijumpai la kiranya. jadi batu2 yang diorg jumpa tu, diorg susun kt tepi ni. ada banyak lagi kawasan yang diorg tak gali.

Ni kawasan orang2 besar zaman purba mandi. skrg pun ada orang yang dtg sini untuk mandi juga.

Ini la pintu masuk Goa temple tu tadi. kecik je kt dalam macam gua bentuk T layout dia. tak boleh ramai2 masuk sebab macam tak ada pengudaraan dalam tu.
lepas tu kami teruskan perjalaan singgah kedai silver kt sini.
sini banyak kedai silver juga. harga macam murah. tapi kualiti dia terbaik juga. asben aku ni suke cincin batu silver. sini cincin silver dia tebal. macam2 pilihan ada. tapi aku xboleh ambik gambar dalam kedai tu la. 

lepas ke kedai silver, kami teruskan perjalanan ke salah 1 hotel di Nusa Dua untuk dinner pulak. Kami sampai kat Hotel ni dalam pukul 7 gitu. tapi macam biasa sini kol 7 tu mcm kol8-9 malam dh kalau kt Malaysia..


On The Way nak pergi Nusa Dua, kami lalu dengan statue ni.

Dinner malam ni kami makan kt rooftop Hotel di Nusa Dua, romantik tau restoran ni.

Abaikan muka ku yang berminyak2 peluh tu seharian kt luar dr awal pagi kan.

Sebelum balik kita ambik gambar dulu depan hotel ni. sapa OTW nak g Nusa dua utk aktiviti water sport mesti akan lalu depan hotel ni. aku lupa nak hotel nya.. makanan best kt sini.
lepas makan kenyang2. bas hantar balik hotel kami terus. kiranya aktiviti dalam schedulu harini dah habis la. tapi sapa yang masih segar, & nak jalan2 lagi boleh la sendirian berhad pergi jalan2 ye.
kalau dari hotel aku nak g Kuta Town boleh naik teksi/ naik grab uber je. kalau nak naik teksi, sila la naik Blue Bird Teksi. jangan tahan Bali Teksi. sebab nya Bali Teksi ni hakmilik persendirian dan dia tak pakai meter. so dia markup double selalunya.
1 lagi korang boleh naik uber/grab tapi ada kawasan yang uber/grab tak boleh pickup. macam depan hotel, restoran famous/ tempat2 attraction pelancong lain. so korang kena la jalan 10-20 meter sikit dari depan kedai/hotel tadi.

kang tak pasal2 driver tu bergaduh dengan teksi pulak. dr hotel aku nak pergi kuta dalam setengah jam je, sebab banyak trafic light. tambang uber/grab dalam 15 ribu rupiah je. murah je. naik ramai2 1 keta baru bpe ringgit je.
tapi malam ni aku terus balik bilik juga sebab penat pastu tah tahu pulak belakang2 hotel ni pun banyak tempat nak jalan. sedi giler sebab hari last sebelum flight baru kiteorg tahu. tula sapa suruh tak nak jalan2 kan..

ok cerita untuk hari kedua di Bali dh habis. nanti kita share lagi untuk sambungan hari ketiga. Hari ketiga kami banyak aktiviti air tau. so tunggu ye next entry.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments