Real Wedding: Sahabat Kami Kawen!!

By Farhana IezAna - 1:39 PM




Selamat pengantin baru buat kawan kami Muhammad Nazri..Dia nie la antara org pertama yg ada masa pertemuan pertama aku dgn En Tunang dl..That was a long story 6 tahun lepas..

Dia nie boleh kire contoh la untuk org katakan Jodoh Itu Ketentuan Allah.
kenapa aku ckp gitu sebabnya actualy dia nie bercinta dengan orang lain tapi kawen dengan orang lain..just tak sampai setahun pun kenal ( i think so la)..sebabnya mase aku bertunang dl bulan 2 kn,dia still datang dengan bekas awek dia (hampir setahun jugak aku kenal awek dia nie)..tapi sebulan selepas aku bertunang, tetibe saja dia bertunang dengan bini dia nie..

Kami sebagai kawan2 dia semua tak tahu dan agak terkejut la..Bekas awek dia sendiri pun tak tahu menahu pasal wujud nya ada tunang aka bini dia sekarang nie..(bekas awek die pelajar politeknik perlis sekarang ini)..aku cukup kenal/rapat jugak la dgn bekas awek dia nie..walaupun still young baru 19 tahun tapi budak tu sangat sopan santun dan baik budaknya..diorg break off pun tanpa budak tu salah..just kawan aku nia nak berak off sebab dh nk bertunang (masa tula) dengan bini dia sekarang nie.kesian jugak la kat budak nie..tak ada pape salah tetiba jadi cmtu kan..aku sendiri pun tak boleh nak kata apa,just berdoa utk kawan dan bagi nasihat dan semangat buat budak aka bekas awek kawan aku ni supaya dia keep study baik2..lucky budak tu memang cerdik, tak pandai wt perangai, pikir matang dan sekarang budak tu baik2 saja..

Nie kawan special kami sebabnya dia antara org kurang upaya hanya ada sebelah kaki saja.dia kemalangan sebelum SPM dl..pada pertama kali aku jumpa dia je, dia ada kedua belah kaki,lepas tu dh tinggal 1 kaki je.
kaki dia putus sebelah kiri dari peha.dia accident masa bulan 3, tahun kami SPM. lucky die dpt ambik SPM jugak walaupun tertinggal pelajaran dalam 2-4 bulan mcm tu.selama die sekolah dan tinggal kt asrama,En Tunang aku la yg jaga dia.diorg tinggal 1 umah masa kt asrama dl.diorg dpt umah istimewa kat bawah asrama aka umah warden. sebab tu sampai sekarang diorg close.

kami ada jugak la korek2 cite pasal bini dia nie..bini dia umur 30,lebih 7 tahun beza umur.seorg janda dan ada anak 4.kesemue anak dia,family dia kt kampung yg jaga. pada awalnya kawan kiteorg nie pun tak tahu dia janda dan ada anak 4..hihi..
salah seorg kawan Nazri ni telah pakai muka dan nama dia utk buat facebook. Nazri ni seorg atlit paralimpik memanah.tahun lepas dia wakil olimpik.jadi kawan nazri nie,dh pakai gmbr dia masa atlit dl kt facebook.dlm setahun jugak dia pakai nama nazri nie dan berkenalan dengan bini nazri(sekarang) ni.tetibe satu hari nazri yg sebenar bukak facebook tu dan bini dia nie tegur dan pelawa nak ajak jumpa.macam tula dia bertemu.tak sampai setengah tahun pun,just beberapa bulan maybe 2,3 @ 4 bulan terus bertunang dan sekarang dah berkahwin..mcm senang je cite diorg nie kan..hihihi

Kami sebagai kawan just berdoa agar dia dipanjangkn jodoh dan bahagia hendakny sampai syurga.









tak lupe kat Cinta Hati Saya =)


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. tersentuh baca...jodoh xsiapa dapat halang.....semoga mereka bahgia...

    ReplyDelete
  2. Kalau dah jodoh tu x ke mane kn dear. Semoga pengantin berbahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. Ketentuan tuhan...walaupun semue org bangkang& xsokong diorg pada mula nya tp diorg tetap go on jugak..smpai la dah selamat pun nikah..

    ReplyDelete