Happy Day

Debaran semalam..

11:31 AM

semalam memang hari paling berdebar untuk aku wt masa nie..MR BEE dtg rumah sebab nak jumpa dengan abah aku untuk cakap pasal rancangan yang kite nak buat tu...lama MR BEE kt kete sebelum dia masuk rumah. gemeruh giler la MR BEE penat gelak-gelak sebab nak bg gemuruh MR BEE tu hilang...last2 aku pn gemuruh sekali..

malu jugak la sebab first timekan nak ckp psl nak kahwin nie gan family..dh tu kiterog berdua anak sulong pulak..(malunya la)
masa MR BEE ckp gan abah memang aku tak sanggup nak dengar..malu kot..hahaha..tapi nasib baik la family aku ok je..then nanti family MR BEE akan dtg dl untuk borak2 gan family aku dl..masa tu mesti lg la malu kan..

ya allah macam mana la agak nya bila masa tu sampai. aku harap semuanya akan berjalan dgn lancar tanpa ada sebarang halangan la hendak nya.risau jugak la kan..

harini pulak rancangan kami nak pergi servey2 barang2 untuk persiapan la..igatkan nak pergi butik yang ada wat pakej pertunangan lengkap tu.sebelum nie aku pernah post pakej tu..sapa nak tau lebih detail meh la tengok klik link ini..

benda pertama yang aku nak tgk of course la baju dia..kiteorg rancang nak pakai baju warne kuning la..kebetulan MR BEE ada baju melayu warna kuning kan so aku tinggal baju aku jela..dalam pakej tu dh include semuanya.cuma nak servey baju ikut thema yang kiteorg dh pilih jela..

mengikut perancangan kiteorg akan wat majlis nie dalam bulan 2 tahun depan.macam lame lg je kan tp banyak persiapan nak kena buat. lagi2 nak beli barang2 hantaran pastu nak DIY hantaran lagi..aku nie pulak dh la tak ada masa,cuma weekend jela boleh buat benda tu semua.(mls sebenarnya,haha)

harini jugak igatkan nak servey barang2 untuk wat gubahan hantaran tu nanti..MR BEE akan bagi aku hantaran warna biru my fav la kan. so aku pulak akan bagi dia hantaran warna kuning..sama lah macam thema kiteorg nak buat warna kuning biru.ok tak rasanya?

sempat ke aku nak siap kan semue nie,sekarang dh pertengahan bulan 11..huhuhu cuak jugak aku..
Hopefully semuenya berjalan dengan lancarlah kan..1 lg rancangan aku nak buat kenduri tahlil atuk sekali dengan kenduri bertunang nie dapat kata setuju dari pada family aku..then memandangkan rumah aku tingkat 5,jadi aku bercadang nak buat kenduri tu kan rumah Awliya my little cute sis. sebab rumah dia kan bawah sekali senang la sikit kan..nie pun telah dipersetujui family aku..

nanti lepas balik dari servey,aku bagi tau ape yang aku jumpa dan yang boleh di share kan..


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE