Eid Ramadhan 2012

By Farhana IezAna - 3:37 PM

Ramadan SMS and Eid Greetings Cards 2012 Collection-05

Pengumuman tarikh mula puasa dh ditentukan 21.7.12. jadi malam nie malam pertama tarawih.

Ya allah syukur sgt aku bertemu lagi bulan yang mulia nie.rindu dengan bulan ramadhan.aku pun tak akan lepaskan peluang nak bertarawih mlm nie..

Antara kelebihan solat sunat tarawih:

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

.


Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
.
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
.
Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
.
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
.
Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
.
Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
.
Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
.
Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
.
Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
.
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
.
Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
.
Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
.
Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
.
Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
.
lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

Jadi bersama2 la kite mengunakan bulan ramadhan yang mulia nie dengan amalan2 yang baik..perancagan aku beberapa bulan lepas igt nk mintak cuti sebulan tapi sebab mslh2 kt opis tak mungkin bos akan bg staff die cuti lama2.nk cuti raya pun susah..sapa dpt cuti sebulan bulan ramadhan nie memang best la.tp jgn la cuti sebab nak meniaga je,org cuti sebulan sebab nak kumpul pahala,memperbanyakkan ibadat.nie niat sebab nak niaga smpai tarawih pun tak g,tu xsyok la..

Aku dengan fmly mcm biasa tahun2 lepas,still berniaga kt tempat hari2 mak aku berniaga(bukan kat bazar)..menu nya lauk pauk dan kueh mueh dan banyak lagi la..sesapa yang dtg ke bandar sunway boleh dtg beli kan kedai my mom..hihi nanti inform2 la ye..

Ucapan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.




  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. salam ramadhan.....
    bestnye mak ana meniaga...
    eringin sangat nak meniaga jugak....
    nnt klo ke sunway, nk crila kedai mak ana
    nnt bgtau ye kat mne

    ReplyDelete
  2. ok dilla nanti ana wt entry location mak niaga..hari2 ana ada kt situ.insyallah..

    ReplyDelete