Yazid Burger aka YB Burger

By Farhana IezAna - 9:48 AM

Nie la burger yang aku dengan en tunang mkn semalam.
besar ok.setengah kilo.

sebelum aku cite panjang,kite layan dl gambar2 betapa besar dan yummy nye Burger YB nie.




Nie antara menu yang korg dapat kat Yb Burger nie.

kalau sapa yang nk tempah dl sebelum dtg.bagi yang malas beratur tu kan. al maklum la kena beratur panjang.
boleh buat tempahan dl.cara2 nya:

1) pemilihan jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
2) pemilihan jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
3) pemilihan jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
4) pemilhan jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
5) pemilihan jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
6)  pemilihan daging ( ayam atau lembu)
7)  pemilihan sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
8)  pemilihan cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keping)

Contoh tempahan adalah seperti berikut:

Langkah 1 (untuk pemilihan no .1 hingga no.6 sahaja)
Saya nak tempah burger yb pakai roti garlic, patty nak berperisa blackpepper, taruh sos cili dan mayonis, sayur letak salad, bawang n tomato je, buah nenas skit je, dan saya hendak daging lembu untuk patty burger.

HARGA-HARGA ADALAH SEPERTI BERIKUT
- Sekilo burger RM40.00
- 500 gram burger RM20.00
- 250 gram burger RM10.00

Langkah 2 ( untuk pemilihan no7 hingga no.8 )
Pelanggan-pelanggan diberi pilihan untuk menambah kesedapan burger yb dengan kepingan cheese dan sos tambahan. Ini adalah bergantung kepada citarasa dan selera setiap pelanggan.

Harga yang kami tawarkan:
RM1 untuk sekeping cheeese
RM1 untuk sejenis sos tambahan


Langkah 3
Sila nyatakan tarikh dah waktu untuk terima tempahan anda.
- saya akan ambil hari rabu 15/3/2012 pada pukul 5 petang.

Langkah 3
Sila hantar kan tempahan tadi ke email yazidburger@gmail.com atau sms ke 019 6888709.

BAYARAN SECARA ONLINE UNTUK MENEMPAH BURGER YB
Maybank : starfish enterprise 5581 7210 2825 CIMB : starfish enterprise 1423 0000 3091 06 
Selamat mencuba....

Perhatian kepada pelanggan2 yang datang dari luar SHAH ALAM. Tuan2 dan Puan2 dinasihatkan supaya membuat tempahan awal sehari sebelum atau sebelum pukul 5.00 petang setiap hari untuk menjamin makan malam anda bersama burger yb.. Sila hubungi en abu 019 688 8709 untuk membuat tempahan burger anda.


Ini stall yang baru bermula 1 januari 2012 beroperasi di lot 2, G-S4, Pusat Perniagaan Anjung 7. Kedai baru ini terletak di belakang Universiti Selangor ( unisel ). Waktu operasi bermula dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Di antara produk-produk yang korg boleh menikmati seperti homemade burger, roti john, kebab, sandwiches, sosej, oblong, twister, and laksa. Perkhidmatan penghantaran juga diorg sediakan untuk penduduk di sekitar seksyen 7 Shah Alam. 

map nya ada kt bawah nie. kalau nak cari kat google map,search jalan tungsten 7/23.



Nie stall lori die.ada dekat area situ jugak.

1. Dari Lebuhraya Persekutuan(Federal Highway) -
Ambil simpang ke Padang Jawa/Uitm, selepas lampu isyarat ke-3,
buat pusingan-U. Masuk ke simpang sebelah kiri menuju ke
Surau Al-Islah. YazidBURGER terletak di kanan anda.

2. Dari Shah Alam Seksyen7 - Selepas Petronas, ambil simpang
ke kiri selepas lampu 
isyarat menuju ke Surau Al-Islah.

nie map nak g stall lori YB burger.kat sini tak ramai org sgt.beratur pun pendek je.


kalau nak tau lebih lanjut tengok

blog:

facebook:


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Terima kasih kerana menyediakan maklumat yg berguna tentang yazid burger..

    ReplyDelete
  2. xsgke YB burger jumpa blog nie..entry saja2..hihi ;)

    ReplyDelete